INTERNATIONAL

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 14/05/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Mei 2025.
1. Serangan ke atas dua hospital di Gaza ragut sekurang-kurangnya 28 nyawa
Tentera Israel mendakwa serangan itu menyasarkan pusat pejuang Hamas yang terletak di bawah hospital berkenaan.
2. Macron sifatkan situasi di Gaza sebagai "tragedi kemanusiaan yang mengerikan"
Macron dilihat tersentuh selepas menonton video seorang doktor kecemasan yang menggambarkan keadaan tragik di Gaza.
3. MH17: MOT koordinasi dengan Wisma Putra keluar kenyataan ulas keputusan ICAO
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata koordinasi itu perlu dilakukan bagi memastikan kenyataan yang dikeluarkan selaras dengan dasar luar negara.
4. PM Anwar hadir mesyuarat meja bulat bersama pemain industri Rusia
Pemimpin industri Rusia menyatakan minat untuk meneroka kerjasama dalam bidang seperti makanan, pertanian, teknologi, logistik, hartanah dan kewangan, termasuk produk berasaskan sawit dan perabot.
5. Trump, Presiden Syria adakan pertemuan pertama di Riyadh
White House dan media Arab Saudi melaporkan mengenai pertemuan itu namun tiada butiran lanjut mengenai kandungannya didedahkan setakat ini.
6. Hukuman diubah, Lyle dan Erik Menendez layak parol sabitan kes bunuh ibu bapa
Hakim menjatuhkan hukuman 50 tahun hingga seumur hidup ke atas Lyle dan Erik Menendez menggantikan hukuman asal penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol.
7. Belanda, Denmark tempat terbaik jadi kanak-kanak, New Zealand, Colombia tercorot
Belanda dan Denmark adalah dua tempat terbaik untuk menjadi kanak-kanak berdasarkan ukuran kesejahteraan mental, kesihatan fizikal dan kemahiran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
8. Ketua bantuan PBB desak masyarakat antarabangsa ambil tindakan terhadap Gaza
Tiada bantuan yang memasuki Gaza selama lebih 10 minggu dan kesemua 2.1 juta penduduk di wilayah itu kini berdepan kebuluran.
9. Malaysia, Itali rintis kerjasama pertahanan strategik - Khaled Nordin
Malaysia dan Itali bersetuju merintis satu bentuk kerjasama strategik dalam bidang pertahanan.
10. Malaysia gesa pembaharuan segera dalam operasi pengaman PBB
Malaysia menggesa pembaharuan yang berani dan berpandangan jauh dalam operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
#Hamas #Gaza #Fahmi Fadzil #New Zealand #MH17 #Wisma Putra #Syria #Colombia #Israel #PBB