DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Jun 2025.
Serangan Israel di seluruh Semenanjung Gaza sejak awal Selasa mengorbankan 37 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 200 yang lain, termasuk 19 mangsa yang maut berhampiran pusat agihan bantuan disokong Israel, menurut petugas perubatan.
Jepun merancang untuk mengeluarkan tambahan 200,000 tan beras daripada simpanan stok kerajaan melalui kontrak terus dengan peruncit, kata Menteri Pertanian Shinjiro Koizumi pada Selasa, dalam usaha terbaharu untuk mengekang kenaikan harga makanan ruji itu.
Kerajaan Singapura dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan pertukaran tanah di Holland Road.
Negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) merancang untuk membeli sejumlah 700 pesawat pejuang F-35 dari Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kekuatan ketenteraan pakatan itu.
Ibadah haji 2025 (1446H) berakhir tanpa sebarang insiden, menjadikannya antara musim haji paling selamat dan terurus dengan cekap dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.
Aktivis iklim dan hak asasi manusia Sweden, Greta Thunberg berlepas dari Israel dalam penerbangan ke Perancis pada Selasa selepas ditahan oleh tentera Israel bersama aktivis lain di atas kapal bantuan menuju ke Gaza.
Sekurang-kurangnya 10 individu maut dalam insiden tembakan di sekolah menengah Dreierschuetzengasse di Graz, Austria, pada pagi Selasa.
Pihak berkuasa undang-undang Bolivia pada Isnin memulakan siasatan terhadap bekas Presiden Evo Morales berhubung dakwaan sabotaj pilihan raya susulan protes yang menuntut beliau dibenarkan bertanding semula.
Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantic Utara (NATO), Mark Rutte, pada Isnin menggesa perikatan itu meningkatkan kemampuan pertahanan udara dan peluru berpandu sebanyak 400 peratus, dengan alasan kekurangan ketenteraan kritikal dan ancaman yang semakin meningkat daripada Rusia dan China.
Rusia telah melancarkan peluru berpandu ke ibu kota Ukraine, Kyiv, selepas serangan dron yang berlarutan selama beberapa jam, menurut Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami