awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibadah haji 2025 berakhir tanpa sebarang insiden

Bernama
Bernama
10/06/2025
09:39 MYT
Ibadah haji 2025 berakhir tanpa sebarang insiden
Kejayaan penganjuran haji tahun ini adalah hasil perancangan awal, pelaksanaan tepat, pemantauan berterusan serta tahap kesedaran tinggi dalam kalangan jemaah. - Bernama
KUALA LUMPUR: Ibadah haji 2025 (1446H) berakhir tanpa sebarang insiden, menjadikannya antara musim haji paling selamat dan terurus dengan cekap dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi.
Menteri Dalam Negeri Arab Saudi Putera Abdulaziz bin Saud bin Naif berkata kejayaan penganjuran haji tahun ini adalah hasil perancangan awal, pelaksanaan tepat, pemantauan berterusan serta tahap kesedaran tinggi dalam kalangan jemaah.
"Kejayaan ini dicapai menerusi usaha keselamatan yang luar biasa dan penggunaan teknologi terkini," katanya dalam kenyataan susulan selesai pelaksanaan ibadah haji yang berjalan lancar tanpa insiden atau kesesakan.
Menurut kementerian itu, musim haji kali ini disifatkan dengan pengurusan rapi, perkhidmatan kesihatan yang canggih, pergerakan jemaah yang lancar serta suasana yang selamat - dengan warganet Arab Saudi menyifatkannya sebagai "haji tanpa insiden".
Kementerian berkenaan menyatakan bahawa kejayaan ini mencerminkan gabungan antara perancangan proaktif, teknologi pintar dan kesiapsiagaan keselamatan yang mantap, sekali gus mengukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai peneraju global dalam pengurusan orang ramai serta kecekapan dan inovasi dalam menganjurkan antara perhimpunan keagamaan terbesar di dunia.
Pihak berkuasa Arab Saudi turut menjalankan latihan intensif dan simulasi menyeluruh bagi menghadapi pelbagai senario kecemasan dan strategi kawalan orang ramai sebelum musim haji bermula.
Lebih 1.6 juta jemaah dari 171 negara menunaikan ibadah haji tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ibadah haji
#insiden
#penganjuran
#kementerian dalam negeri aran saudi
#perancangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan