DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Ogos 2025.
Bandaraya New York dan New Jersey diisytihar darurat susulan taburan hujan tinggi mulai Khamis, lapor agensi berita Xinhua.
Meloni desak Netanyahu hentikan serangan di Gaza, anggap keadaan 'tidak dapat diterima'
2. Meloni desak Netanyahu hentikan serangan di Gaza, anggap keadaan 'tidak dapat diterima'
Meloni menyifatkan keadaan di wilayah itu sebagai "tidak munasabah dan tidak dapat diterima".
Kadar tarif baharu AS dijangka ubah ekonomi Indochina, Myanmar dan Laos paling terjejas
Struktur tarif baharu yang diumumkan Amerika Syarikat dijangka merombak landskap ekonomi Asia
Tenggara, memberikan sedikit kelegaan kepada Vietnam dan Kemboja.
Mesyuarat berkenaan yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 4 Ogos di Phnom Penh, telah dipindahkan lokasinya.
Dua aktivis terakhir yang menaiki kapal bantuan Handala ke Gaza dihantar pulang oleh Israel, sekali gus menamatkan lima hari penahanan yang disifatkan sebagai tidak sah, lapor Anadolu Ajansi.
Myanmar mengisytiharkan undang-undang tentera di 63 daerah pada Khamis, sejurus selepas mengumumkan perintah darurat di kawasan-kawasan terbabit.
Australia mengucapkan tahniah kepada Malaysia atas agenda yang bercita-cita tinggi sepanjang memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun ini.
Konvoi bantuan ke Gaza terus menghadapi pelbagai halangan dalam menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Raja Mohammed VI titah bantuan kemanusiaan dan perubatan dihantar melalui laluan khas bagi memastikan penghantaran segera dan terus kepada para penerima dalam kalangan rakyat Palestin.
Permainan berbentuk buaian gergasi itu patah ketika berayun, menyebabkan struktur utama bersama pelantar penumpang terhempas ke lantai taman hiburan tersebut.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami