DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Ogos 2025.
1. Bekas Presiden Brazil Bolsonaro mohon bebas tuduhan cubaan rampas kuasa
Pihak pendakwa menuduh Bolsonaro merancang rampasan kuasa bagi membatalkan kekalahan beliau dalam pilihan raya 2022.
2. Amazon hilang kawasan lebih besar daripada Sepanyol dalam 40 tahun
Secara keseluruhan di seluruh Brazil, kehilangan kawasan semula jadi sepanjang empat dekad lalu mencecah 111.7 juta hektar.
3. Trump beri amaran "akibat buruk" kepada Rusia jika gencatan senjata ditolak
Trump berkata jika perbincangannya dengan Putin berjalan lancar, beliau berharap dapat mengadakan mesyuarat tiga pihak bersama Putin dan Zelensky dalam masa terdekat.
4. Lebih 1,300 kotak bantuan kemanusiaan KHOM Malaysia bakal tembusi Gaza hari ini
Penghantaran akan dilakukan menerusi kaedah penurunan udara (air drop) menggunakan dua pesawat milik Jordan, masing-masing jenis C-130 dan Airbus.
5. Bangladesh, Malaysia setuju wujudkan sistem pengambilan pekerja lebih bersih, telus - Yunus
Malaysia dan Bangladesh bersetuju untuk mewujudkan proses pengambilan pekerja Bangladesh yang lebih bersih dan telus.
6. Trump kata kadar jenayah sebenar di Washington, DC, 5-10 kali lebih tinggi
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata kadar jenayah sebenar di Washington, DC, adalah lima hingga 10 kali lebih tinggi daripada yang dilaporkan dalam statistik rasmi.
7. Cabaran bantuan kemanusiaan Gaza-Syria, temu bual eksklusif Agenda AWANI malam ini
Di tengah krisis berpanjangan di Gaza dan Syria, usaha bantuan kemanusiaan menjadi talian hayat yang membawa bukan sahaja bekalan malah harapan.
8. 150 dipindahkan dari hospital utama London susulan 'insiden kimia'
Hospital Guys di Southwark diarah dikosongkan selepas pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.49 pagi.
9. Rusia sekat panggilan di WhatsApp dan Telegram
Rusia mengehadkan perkhidmatan panggilan melalui aplikasi pemesejan WhatsApp dan Telegram, yang didakwa bagi melindungi negara daripada ancaman pengganas dan penipuan.
10. Mahkamah Agung Korea Selatan kekalkan keputusan kes plagiat penerbit lagu 'Baby Shark'
Dakwaan Johnny Only ditolak, dengan alasan lagunya tidak dianggap sebagai karya terbitan yang dilindungi undang-undang hak cipta.