DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Ogos 2025.
Presiden Mahmoud Abbas pada Isnin malam mengeluarkan dekri presiden menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menggubal perlembagaan interim, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Gunung Lewotobi yang terletak di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Isnin, mencetuskan amaran penerbangan tertinggi kepada semua pesawat yang melalui kawasan berdekatan.
Dapur komuniti di Gaza kini hanya mampu menghasilkan kira-kira satu pertiga daripada jumlah hidangan harian yang disediakan pada April lepas.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, menegaskan bahawa sebarang perjanjian damai masa depan antara Rusia dan Ukraine tidak boleh menetapkan had ke atas saiz atau keupayaan ketenteraan Ukraine.
Pihak berkuasa Australia telah mengeluarkan amaran banjir di beberapa kawasan pantai timur susulan hujan berterusan selama seminggu yang menyebabkan tanah menjadi tepu dan paras air sungai meningkat secara mendadak.
Marius Borg Hoiby, anak kepada Puteri Mahkota Norway, Mette-Marit, telah didakwa atas 32 pertuduhan jenayah termasuk empat tuduhan rogol, keganasan rumah tangga dan serangan fizikal, menurut kenyataan rasmi daripada pihak pendakwa raya negara.
Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan bahawa jumlah kematian akibat perang selama 22 bulan di Gaza kini mencecah 62,004 orang, menjadikannya antara konflik paling dahsyat dalam sejarah moden wilayah itu.
Dua lelaki berusia 19 dan 27 tahun telah direman berhubung kebakaran hutan yang memusnahkan kawasan hutan, ladang, rumah serta premis perniagaan di Bandar Patras, barat Greece.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memberi jaminan bahawa Washington akan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan Ukraine sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian damai untuk menamatkan perang dengan Rusia.
Hamas telah bersetuju dengan cadangan gencatan senjata dan pembebasan tebusan terbaru yang dikemukakan oleh para perantara serantau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami