DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 Ogos 2025.
1. Bekas pemain bola keranjang kebangsaan Palestin maut di Gaza
Shaalan disasarkan ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan untuk memberi makan kepada anak-anaknya.
2. Ribuan bantah permohonan Tesla bekal tenaga kepada isi rumah di UK
Tesla memohon lesen daripada Ofgem bulan lepas bagi membolehkan syarikat itu mula membekalkan tenaga kepada isi rumah dan perniagaan.
3. Thailand salur 201 juta baht untuk bantu mangsa konflik sempadan
Dana itu disalurkan bagi penyediaan makanan, penempatan sementara, pembaikan rumah, rawatan perubatan serta perbelanjaan pengebumian.
4. Trump tetap tolak Ukraine sertai NATO, tegaskan tiada tentera akan dikerah bertempur
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengarahkan pasukannya membangunkan rangka kerja jaminan keselamatan bagi menjamin keamanan berkekalan di Ukraine.
5. Kebakaran hutan di Sepanyol cetus pelepasan karbon tertinggi sejak 2003 - Copernicus
Hanya dalam beberapa hari, aktiviti kebakaran luar biasa melonjakkan jumlah pelepasan karbon terkumpul ke paras tertinggi.
6. Bekas Presiden Colombia Uribe dibebaskan daripada tahanan rumah
Sebuah mahkamah di Bogota pada Selasa membatalkan tahanan rumah terhadap bekas Presiden Colombia Alvaro Uribe sementara proses rayuan terhadap hukuman penjara 12 tahun kerana mengganggu saksi.
7. Polis Mesir tembak mati lapan penyeludup dadah bersembunyi di pulau Sungai Nil
Polis Mesir menembak mati lapan penyeludup dadah dalam kejadian berbalas tembakan di lokasi persembunyian mereka di pulau-pulau Sungai Nil, utara Kaherah.
8. Presiden Mexico nafi perjanjian dengan AS sasar kartel dadah
Presiden Mexico menafikan bahawa kerajaannya mempunyai sebarang perjanjian dengan AS mengenai projek membanteras kartel dadah.
9. Rumah Putih lancar akaun TikTok
Rumah Putih pada Selasa melancarkan akaun rasmi TikTok ketika penggubal undang-undang Amerika Syarikat (AS) masih melihat aplikasi milik China itu sebagai isu keselamatan negara.
10. Kim Yo Jong dakwa Presiden Korea Selatan ‘talam dua muka’
Kim Yo Jong kecam latihan ketenteraan AS-Korea Selatan, tuduh Seoul hipokrit. Beliau gesa Pyongyang percepat pembangunan senjata nuklear demi keselamatan negara.