ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Februari 2021.
1) Ribut salji di AS: Rakyat Malaysia diminta patuhi panduan keselamatan
Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) diminta mematuhi garis panduan keselamatan dan amaran mengenai keadaan berbahaya dan licin yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan susulan kejadian ribut salji di beberapa kawasan di negara itu.
2) Lebih 40 paus mati terdampar di pantai Madura, hanya tiga dapat diselamatkan
Sejumlah 46 paus terdampar mati di Pantai Bangkalan di kepulauan Madura, Indonesia, sementara pasukan penyelamat hanya berjaya menyelamatkan tiga ekor kembali ke laut lepas, ujar gabenor wilayah berkenaan pada Jumaat.
3) Banjir Jakarta: Banyak harta benda musnah, lebih 1,000 orang dipindahkan
Banjir teruk yang berpunca daripada musim monsun yang melanda Jakarta pada Sabtu memaksa lebih 1,000 orang meninggalkan kediaman mereka, sementara agensi meteorologi memberi amaran situasi itu kekal hingga minggu depan.
4) COVID-19: Joe Biden tidak berani janji bila AS akan pulih
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berkata beliau tidak berani berjanji bila pandemik COVID-19 akan berakhir di negara itu.
Katanya, apa yang boleh dijanjikan adalah, pentadbiran beliau akan berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan pemulihan Amerika Syarikat (AS) daripada wabak tersebut.
5) Vaksin COVID-19: Jerman tingkat akses vaksin kepada negara miskin
Jerman pada Jumaat membangkitkan mengenai kepentingan meningkatkan akses vaksin bagi negara-negara miskin menerusi inisiatif Covax Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
6) Persidangan G7: EU ganda sumbangan Covax kepada 1b euro
Suruhanjaya Eropah merancang untuk menggandakan sumbangan Kesatuan Eropah (EU) dalam inisiatif Covax Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ini menjadikan komitmen 27 negara itu terhadap inisiatif pemberian vaksin kepada negara-negara miskin berjumlah sebanyak 1 bilion euro.
7) Persidangan Keselamatan: WHO beri amaran jangan politikkan COVID-19
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran kepada para pemimpin dunia agar tidak mempolitikkan koronavirus.
Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Grebeyesus, virus COVID-19 itu harus menjadi titik penyatuan ideologi politik, dalam usaha mengekang penularannya.
8) COVID-19: Dua wanita Malaysia antara 14 kes import baharu dilaporkan di Singapura
Dua wanita warganegara Malaysia merupakan antara 14 kes import COVId-19 baharu dilaporkan di Singapura pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).
MOH dalam data penuh dikeluarkan di sini lewat malam tadi menyatakan kedua-dua wanita itu merupakan pemegang permit kerja yang baru tiba dari Malaysia dan asimptomatik.
9) COVID-19: Angka korban global kini melepasi 2.44 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 110.56 juta kes berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan hampir 28 juta kes.
10) Isu nuklear Iran | AS tiada rancangan kurangkan sekatan
Amerika Syarikat dilaporkan tiada rancangan untuk mengurangkan sekatan ke atas Iran. Sebaliknya Washington akan melihat perkembangan rundingan sebelum laksana tindakan susulan.
Astro Awani
Sat Feb 20 2021

Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

"Saya sanggup kumpul tujuh dulang hati nyamuk" - Rayu Ketua Polis Negara pada JPA
Tan Sri Abdul Hamid Bador mahu berhabis-habisan banteras ancaman dadah dalam negara.

Perikatan Nasional bergelut 'beli'dan 'ugut' MP sebelum sidang Parlimen - Anwar Ibrahim
Perikatan Nasional terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai keyakinan selain hilang sokongan majoriti dalam kalangan Ahli Parlimen, dakwa Anwar Ibrahim.

Pendidikan | Setahun sistem pendidikan negara diuji
Setahun sistem pendidikan negar diuji kerana pandemik COVID-19. Namun hari ini, sesi persekolahan bagi tahun 2021 akhirnya membuka tirai apabila murid pra sekolah, tahun satu dan tahun dua dibenarkan hadir ke sekolah. Untuk mengulas lanjut mengenai setahun sistem pendidikan negara diuji ini, bersama dengan kami ketika ini Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, bekas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Jenayah: Lebih lima sindiket dadah didalangi VVIP
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dedahkan terdapat lebih lima sindiket dadah yang didalangi VVIP bergelar datuk dan tan sri.

Vaksin COVID-19: Denda, kompaun untuk orang potong giliran - Khairy
Kuasa tambahan mungkin diberikan kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba untuk mengenakan kompaun tersebut.

Kawasan berisiko tinggi juga akan diberikan perlindungan vaksin
Individu di kawasan berisiko tinggi juga akan diberikan perlindungan vaksin, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Ibu yang mengandung layak mendapatkan vaksin tetapi...
Ibu yang mengandung layak mendapatkan vaksin tetapi dengan syarat telah menghubungi pakar yang merawat mereka untuk dinilai, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Jangan benarkan sesiapa potong 'queue'
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin sedang mempertimbang untuk tambah kuasa kepada Kementerian Kesihatan untuk beri kompaun kepada mereka yang potong 'queue"

Tiada target bagi angka pendaftaran, tetapi ia masih rendah
"Tiada target bagi angka pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, tetapi ia masih rendah," kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Farmasi pandu lalu kurangkan kesesakan di Klinik Kesihatan Oya
Dengan adanya farmasi pandu lalu itu, 300 kehadiran pesakit harian dapat dikurangkan dan memudahkan pungutan ubat biasa di klinik.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Rabu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Ahad
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Sabtu
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Ahad
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Februari 2021.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Sabtu
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Februari 2021.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Februari 2021.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Khamis
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Februari 2021.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang Ahad
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 7 Februari 2021.