awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beruang kutub baham dua beranak di Alaska

Sinar Harian
Sinar Harian
22/01/2023
21:20 MYT
Beruang kutub baham dua beranak di Alaska
Ibu muda dan bayinya maut diserang beruang kutub di Alaska. - Foto agensi
JUNEAU: Seorang ibu muda dan anak lelakinya yang berusia 12 bulan maut selepas diserang seekor beruang kutub di sebuah perkampungan terpencil di Alaska.
Lapor media tempatan, haiwan itu mula mengejar orang ramai selepas memasuki perkampungan Wales di bahagian barat Semenanjung Seward dalam kejadian pada petang Selasa.
Beruang kutub tersebut ditembak hingga mati ketika ia menyerang kedua-dua mangsa.
Pengarah Komunikasi Jabatan Keselamatan Awam Alaska, Austin McDaniel mengesahkan mangsa yang maut dikenali sebagai Summer Myomick, 24, dan anak lelakinya, Clyde Ongtowasruk.
Serangan beruang kutub yang membawa maut di Alaska sangat jarang berlaku tetapi pakar mengatakan pertembungan dengan manusia akan meningkat apabila lebih banyak ais mencair.
Kira-kira 150 orang sebahagian besarnya terdiri daripada Orang Asli Inupiaq tinggal di penempatan terpencil itu yang terletak kira-kira 1,907 kilometer (km) dari ibu negeri Juneau. - Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#beruang kutub
#serang
#Orang Asli
#Inupiaq
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan