BAGHDAD: Pihak berkuasa Iraq sedang menyiasat pembunuhan seorang bintang TikTok ternama negara itu yang ditembak oleh penunggang motosikal bersenjata di hadapan rumahnya di tengah Baghdad.
Juga dikenali sebagai seorang pempengaruh, Ghufran Sawadi atau lebih dikenali sebagai Umm Fahad, ditembak mati di luar rumahnya di ibu kota Iraq itu, pada Jumaat malam, lapor media antarabangsa.
Seorang pegawai keselamatan yang enggan namanya disiarkan berkata, penyerang itu melepaskan tembakan ke arah Umm Fahad selepas mangsa meletakkan kereta Cadillac yang dipandunya di hadapan rumah.
Sejurus melepaskan tembakan, suspek merampas telefon bimbit Umm Fahad dan segera melarikan diri dari tempat kejadian.
Seorang jiran Umm Fahad yang dikenali sebagai Abu Adam berkata, dia bergegas keluar dari rumah selepas mendengar dua das tembakan dilepaskan dan melihat "pintu kereta terbuka dan mangsa terbaring."
“Wanita yang bersamanya (dalam kereta) melarikan diri dan pasukan keselamatan segera datang dan menutup seluruh kawasan serta mengambil mayat mangsa dan menunda keretanya,” katanya.
Susulan kejadian itu, Menteri Dalam Negeri Iraq mengumumkan penubuhan " jawatankuasa siasatan khas” untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
Umm Fahad meraih populariti di platform media sosial TikTok melalui perkongsian video dia menari mengikut muzik pop dengan pakaian yang sesuai.
Sebelum ini, penyiaran video sedemikian dianggap tidak sesuai oleh badan kehakiman Iraq.
Dia juga pernah dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana "jenayah menghasilkan dan menerbitkan beberapa filem dan video yang mengandungi bahasa lucah dan tidak senonoh, melanggar kesopanan dan moral awam," kata kenyataan badan kehakiman Iraq.
Kejadian yang menimpa Umm Fahad bukanlah baharu kerana sebelum ini, personaliti media sosial Iraq yang lain juga telah menjadi sasaran serangan maut.
Pada September 2023, seorang personaliti TikTok Iraq yang popular, Noor Alsaffar atau lebih dikenali sebagai Noor BM, seorang transgender juga ditembak mati di Baghdad.
Noor Alsaffar yang mempunyai lebih 370,000 pengikut di Instagram dan TikTok pula memilih berkongsi hantaran video pendek mengenai fesyen, rambut dan solekan serta sering menari mengikut alunan muzik.
Pembunuhan Noor Alsaffar terjadi ketika Iraq bertindak keras terhadap gerakan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) dan menjadikannya sebagai jenayah dalam undang-undang negara itu. - Agensi
Agensi
Sat Apr 27 2024
Bintang TikTok yang juga pempengaruh Ghufran Sawadi atau lebih dikenali sebagai Umm Fahad, ditembak mati di luar rumahnya di Baghdad, Iraq, pada Jumaat malam.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Warga emas tunai haji selepas lima kali terima 'jemputan'
Walaupun tanpa peneman, namun ia tidak menghalang dirinya daripada menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi musim haji 1445H/2024.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Netanyahu juga berada di bawah tekanan Washington untuk mengakhiri konflik dengan segera.
Haji: Petugas media main peranan penting tangkis berita tidak benar
Perkara itu perlu bagi memberi gambaran sebenar apa yang berlaku di Tanah Suci kepada rakyat Malaysia.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [19 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
- Serangan Ulu Tiram: Tiada kaitan kumpulan pengganas
- Menjelang HAWANA 2024: Kesihatan mental petugas media
- The Experts: Pelakon hebat, genre berbeza
Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini, 100 mangsa masih di PPS
Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.
Klopp kini di media sosial
Bekas pengendali Borussia Dortmund berusia 56 tahun itu yang kini mempunyai akaun Instagram telah mengumpul lebih 750,000 pengikut.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasangan pengantin Iraq masih trauma, akui jiwa mati selepas insiden kebakaran maut
Majlis perkahwinan pada malam Selasa lalu itu dihadiri 900 tetamu, dengan kebakaran bermula kira-kira jam 10.45 malam.
Proton X90 tembusi pasaran Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei
Kenderaan tenaga baharu pertama Proton Holdings Bhd, X90 mencatat kemunculan pertama di Mauritius, Afrika Selatan dan Brunei.
Iraq isytihar perintah berkurung di Kirkuk selepas pertempuran
Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia' al-Sudani mengarahkan perintah berkurung dan memulakan operasi mencari di kawasan rusuhan.
3 jalani hukuman gantung di Iraq terlibat pengeboman Daesh ragut 300 nyawa
Perdana Menteri Iraq Mohammed al-Soudani menyifatkan hukuman itu "adil" semasa pertemuan dengan keluarga mangsa.
Zambry mulakan lawatan rasmi pertama ke Iraq mulai Rabu
Zambry dijangka mengadakan kunjungan hormat ke atas pemimpin Iraq dan pertemuan dua hala dengan Fuad.
NATO peluas peranannya sebagai penasihat di Iraq
NATO sedang meluaskan misinya untuk menyokong pasukan keselamatan di Iraq, menurut pakatan pertahanan Barat yang dianggotai 31 negara itu pada Khamis.
Harta bekas Menteri Minyak Iraq dirampas kerana dakwaan rasuah
Beliau didapati menyalah guna kedudukan dan menerima rasuah daripada beberapa pelabur yang mempunyai kontrak dengan Kementerian Minyak.