INTERNATIONAL
Boeing peroleh tempahan bernilai US$96 bilion di Qatar

Boeing sebelum ini berdepan krisis dan ketinggalan di belakang Airbus dari segi tempahan, namun telah menerima tempahan bagi beberapa ratus pesawat siri 777X yang dijangka dihantar mulai tahun depan. - Gambar/ Reuters
ABU DHABI: Qatar Airways berhasrat membeli sehingga 210 pesawat daripada Boeing, menurut pengumuman Rumah Putih pada Rabu.
Ringkasan AI
- Qatar Airways berhasrat membeli sehingga 210 pesawat Boeing jenis 787 Dreamliner dan 777X, dengan nilai perjanjian dianggarkan US$96 bilion.
- Perjanjian tersebut dimeterai semasa lawatan Presiden AS Donald Trump ke Qatar, dengan Ketua Eksekutif Boeing Kelly Ortberg mewakili syarikat itu.
- Boeing sebelum ini berdepan krisis dan ketinggalan di belakang Airbus dari segi tempahan, namun telah menerima tempahan bagi beberapa ratus pesawat siri 777X yang dijangka dihantar mulai tahun depan.
Trump pada satu ketika menganggarkan nilai perjanjian mencecah US$200 bilion, sebelum Rumah Putih mengesahkan angka rasmi iaitu US$96 bilion.
Butiran penuh perjanjian itu tidak didedahkan, dan Boeing hanya merujuk kepada kenyataan kerajaan.
Boeing sebelum ini berdepan krisis selama beberapa tahun dan ketinggalan di belakang pesaing Eropah, Airbus, dari segi tempahan. Penghantaran pertama bagi pesawat siri 777X, yang dijangka menggantikan model 777 sedia ada, dirancang bermula tahun depan.
Pembangunan pesawat itu mengalami kelewatan selama beberapa tahun, namun Boeing telah pun menerima tempahan bagi beberapa ratus pesawat jenis tersebut.
Trump kini sedang mengadakan lawatan ke rantau Teluk sejak Selasa, dengan turut disertai ramai pemimpin perniagaan ketika singgah di Arab Saudi.
Pihak kepimpinan Arab Saudi sebelum ini mengumumkan pelaburan berbilion dolar di AS dan bersetuju dengan pembelian senjata buatan AS secara besar-besaran.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami