Pihak keselamatan Thailand meminta kerjasama Malaysia membantu siasatan mereka berhubung siri kejadian letupan bom di beberapa wilayah selatan negara ini semalam dan kelmarin, yang mengorbankan empat orang dan mencederakan 35 orang lagi.
Sumber keselamatan berkata Thailand meminta Malaysia untuk membantu menyiasat sebuah telefon bimbit yang digunakan dalam kejadian letupan bom di Phuket semalam, yang dikatakan berasal dari Malaysia.
"Letupan bom itu tidak memusnahkan sebahagian telefon bimbit itu dan nombor siri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) pada telefon itu masih kelihatan...penyiasat Thailand meminta kerjasama Malaysia untuk mengenal pasti asal usul telefon itu," kata sumber berkenaan kepada Bernama hari ini.
Serpihan telefon bimbit itu yang mengandungi nombor siri merupakan bukti penting dalam siasatan pihak berkuasa negara ini bagi mengenal pasti dan menjejaki pelaku atau pelaku-pelaku yang bertanggungjawab terhadap kejadian letupan bom itu, katanya.
Sumber itu, yang enggan mendedahkan identitinya berikutan maklumat dikongsinya adalah sensitif, berkata serpihan telefon bimbit bersama-sama nombor sirinya telahpun diserahkan kepada Polis DiRaja Malaysia untuk tindakan lanjut.
Kad SIM (Subsciber Identity Module) telefon bimbit berkenaan bagaimanapun dipercayai musnah dalam kejadian letupan bom itu, kata sumber itu.
Dalam siri kejadian letupan bom di wilayah-wilayah selatan Thailand, telefon bimbit dijadikan alat untuk mengaktifkan bom-bom buatan sendiri (IED) itu.
Dua butir bom buatan sendiri meletup di pulau peranginan terkenal Phuket semalam, setiap satu di Patong dan Kathu pada 7.45 pagi (waktu tempatan) dan 8.45 pagi tetapi hanya menyebabkan seorang cedera ringan.
Pada 10 Ogos lepas, pihak keselamatan tempatan menemui dua butir bom buatan sendiri hasil maklumat orang ramai di Paradise Market dan China Town Market di Phuket, dan berjaya mematikannya.
Ia merupakan sebahagian daripada kejadian letupan bom yang turut berlaku di pusat peranginan Hua Hin pada Khamis dan pagi semalam, yang mengorbankan dua orang dan mencederakan puluhan lain termasuk 10 pelancong asing.
Dua letupan bom turut berlaku di Surat Thani semalam yang menyebabkan seorang mati dan kejadian letupan bom di sebuah pasar di Trang dua hari lepas juga mengorbankan satu nyawa.
Selain letupan bom, beberapa serangan khianat turut dilaporkan berlaku di wilayah-wilayah selatan Thai itu.
Sumber itu berkata, walaupun nombor siri telefon bimbit berkenaan diperoleh namun, ia bukan usaha mudah untuk menjejaki pemiliknya kerana telefon itu berkemungkinan bertukar tangan beberapa kali.
"Ia terpaksa melalui kerja yang rumit untuk membuat semakan terhadap ribuan atau ratusan ribu telefon bimbit jenis yang sama daripada syarikat pengedar dan penjualnya," katanya.
Menurutnya usaha menjejaki pemilik telefon bimbit itu lebih mudah sekiranya penyiasat menemui kad SIM.
Media tempatan memetik pasukan penyiasat yang merumuskan bahawa kesemua kejadian letupan bom itu berkaitan satu sama lain berikutan peralatan yang digunakan adalah sama serta penggunaan telefon bimbit sebagai alat mengaktifkan bom-bom itu.
Bernama
Sat Aug 13 2016
Beberapa kejadian letupan bom berlaku di wilayah selatan Thailand semalam dan kelmarin. - Gambar fail
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
AWANI 7:45 [29/04/2024] – Meja bulat bersama 50 pemimpin industri dunia | Penggunaan komersial capai 80 peratus
PM yakin Malaysia jadi destinasi pelabur bernilai tinggi.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.
AI digunakan Amerika untuk bom 85 sasaran di Asia Barat
Menurut Bloomberg, AI yang dibangunkan di bawah Project Maven telahpun digunakan untuk melakukan misi pengeboman di Asia Barat.
Wartawan Al Jazeera terbunuh ketika sedang membuat liputan
Jurukamera Arab Al Jazeera Samer Abudaqa terbunuh dan rakan sekerjanya Wael Dahdouh cedera ketika sedang membuat laporan.
Pertubuhan Islam kutuk serangan bom Israel ke atas sekolah di Gaza
Pengeboman Israel ke atas sekolah berkenaan turut mendapat kecaman meluas dari negara dan pertubuhan Arab dan Islam.
Pekerja kilang didakwa miliki bom buatan sendiri, pistol tiruan
Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki bahan letupan serta memiliki pistol tiruan tanpa kebenaran.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura musnahkan bom Perang Dunia Kedua seberat 100kg
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan melaksanakan pelupusan terkawal bom Perang Dunia II seberat 100 kilogram hari ini.
Panggilan bom palsu di AEON Mall Klebang, polis tahan seorang lelaki
Warga tempatan berusia 38 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Tasek kira-kira jam 9.30 malam tadi.
7 maut dalam letupan bom di Pakistan
Polis dan pasukan keselamatan telah menutup kawasan itu dan melancarkan operasi bagi menangkap pelakunya.
Ada bahan boleh sebabkan kebakaran pada botol disyaki IED - Ayob Khan
Ayob Khan berkata polis bagaimanapun masih menungggu laporan lengkap berhubung bahan letupan itu.