awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bongkah keluli makhluk asing muncul tiba-tiba

Sinar Harian
Sinar Harian
13/03/2024
01:30 MYT
Bongkah keluli makhluk asing muncul tiba-tiba
Monolit tersebut dikatakan tiada di lokasi tersebut sebelum ini. - Foto agensi
CARDIFF : Kemunculan monolit setinggi tiga meter secara tiba-tiba di sebuah kawasan bukit di Hay-on-Wye, Wales di United Kingdom (UK) mencetuskan tanda tanya.
Penduduk di bandar Powys terkejut selepas melihat bongkah keluli yang berbentuk seperti coklat Toblerone gergasi di Hay Bluff pada akhir minggu lalu.
Richard Hayens yang mengambil gambar objek misteri itu memberitahu WalesOnline tentang penemuan aneh tersebut.
"Pada mulanya saya menyangka ia mungkin alat penyelidikan saintifik untuk mengumpulkan data taburan hujan. Tetapi, apabila saya melihat dengan lebih dekat, ia terlalu tinggi dan bentuknya agak pelik," jelasnya.
Menurutnya, monolit tersebut tiada di lokasi tersebut sebelum ini malah rakannya yang melalui kawasan itu kira-kira dua minggu lalu juga mengesahkan perkara berkenaan.
"Ia muncul di Google baru-baru ini, namun 'hilang' beberapa hari kemudian," ujarnya lagi.
Penampakan monolit tersebut turut mencetuskan pelbagai teori malah ada yang percaya ia adalah 'hasil kerja' makhluk asing.
Selain itu, ada juga yang mendakwa ia mungkin karya unik seperti dihasilkan artis seni jalanan, Banksy.
Pada 2020, kemunculan monolit misteri pernah dilaporkan di kawasan luar bandar seluruh Eropah termasuk di Isle of Wigh dan lingkaran batu Merry Maidens di Cornwall. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#monolit
#bongkah keluli
#coklat Toblerone gergasi
#objek misteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan