BRITAIN memberi amaran kepada Ukraine dengan menegaskan sekutu antarabangsa 'bukan amazon' dan Kyiv perlu menunjukkan rasa terima kasih atas sumbangan senjata untuk memujuk pemimpin politik barat agar memberikan lebih lagi.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Pertahanan Britain, Ben Wallace di luar sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), pada Rabu.
Beliau menjawab soalan wartawan mengenai aduan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy bahawa Kyiv tidak diberikan garis masa untuk menyertai perikatan NATO.
London telah menjadi salah satu penyokong tegar Kyiv sejak pencerobohan Rusia tahun lalu dan Perdana Menteri Rishi Sunak berkata, Britain dan sekutunya akan menggandakan sokongannya terhadap Ukraine.
Bagaimanapun, Wallace memberi amaran bahawa Ukraine terpaksa 'memujuk penggubal undang-undang Amerika Syarikat dan negara lain bahawa ia berbaloi'.
Selain itu, katanya lagi, sama ada suka atau tidak, orang ramai mahu melihat rasa terima kasih daripada Ukraine.
Wallace mengingati peristiwa ketika beliau mengembara tahun lalu ke Ukraine di mana beliau diberikan senarai membeli-belah senjata.
"Anda tahu, kami bukan Amazon," katanya, merujuk kepada syarikat teknologi dan runcit gergasi Amerika itu.
"Saya memberitahu mereka tahun lepas, apabila saya memandu 11 jam untuk diberikan senarai itu."
Pada Rabu, Zelenskiy melembutkan nadanya, mengatakan bahawa keputusan sidang kemuncak itu adalah baik walaupun tidak ada jemputan rasmi untuk Ukraine untuk menyertai NATO dan beliau menerima berita positif mengenai pakej pertahanan daripada NATO.
Menjawab komen Wallace, Zelenskiy berkata, beliau tidak memahami kenyataan tersebut.
“Kami sentiasa berterima kasih kepada UK, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan kerana mereka sentiasa menyokong kami.
"Saya tidak tahu apa yang beliau maksudkan dan bagaimana lagi kita harus bersyukur. Mungkin menteri mahu sesuatu yang istimewa tetapi kami mempunyai hubungan yang baik," katanya.
Ditanya mengenai komen Wallace, Sunak berkata, Zelenskiy berterima kasih atas sokongan yang diberikan setakat ini dan lebih banyak sokongan akan datang mengikut keperluan.
"Presiden Zelenskiy telah menyatakan rasa terima kasihnya atas apa yang telah kami lakukan pada beberapa kesempatan," kata Sunak pada sidang akhbar di sidang kemuncak di Vilnius.
"Saya faham sepenuhnya keinginan Volodymyr untuk melakukan segala yang dia mampu untuk melindungi rakyatnya dan menghentikan perang ini dan kami akan terus memberinya sokongan yang dia perlukan," ujarnya.
Agensi
Thu Jul 13 2023
Ben Wallace mengingatkan Ukraine, sama ada suka atau tidak, orang ramai mahu melihat rasa terima kasih daripada Ukraine kepada kerajaan Britain.
Era baharu hubungan Malaysia-Singapura
Bukan rahsia, kepimpinan Lee Kuan Yew tidak sebulu dengan Tun Dr Mahathir. Kini legasi kedua pemimpin sudah berakhir dan bertukar kepada kepimpinan baharu. Apakah jangkaan dalam lembaran baharu ini kepada hubungan dinamik dua hala?
Anak Malaysia tabur khidmat di Masjid Nabawi
Dalam kelibat petugas di Raudah dan Masjid Nabawi yang majoritinya berasal dari Arab Saudi, terselit dua beranak berasal dari Malaysia.
AWANI Pagi: Rawatan kecederaan sukan
Ikuti kami di #AWANIPagi bersama Dr Badrul Akmal Hisham, Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik dan juga Dr. Muhammad Naqib, Ketua Pegawai Operasi UKM Specialist Centre Sdn Bhd dalam membincangkan tentang rawatan kecederaan sukan yang berkesan.
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Hamas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
30 kereta kanak-kanak musnah terbakar
Api berjaya dikawal pada jam 3.54 pagi dan berjaya dipadam sepenuhnya jam 4.45 pagi.
Malaysia berisiko hilang keistimewaan jika berterusan langgar peraturan visa
Sekiranya ditangkap kerana menyalah guna visa pelancongan, ia akan mencemarkan nama baik dan imej Malaysia yang selama ini dipandang tinggi.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Raphael Varane umum berpisah dengan Manchester United
Pertahanan Perancis itu yang kini diketepikan akibat kecederaan bakal meninggalkan The Red Devils selepas tiga tahun di Old Trafford.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Charles bangga keberanian Kate dedah rawatan kanser
Charles sangat bangga dengan Kate dan telah terus berhubung rapat dengan menantu kesayangannya itu selama beberapa minggu kebelakangan ini.
Kate Middleton sahkan hidap kanser
Isteri pewaris takhta Putera William itu menyifatkan penemuan kanser itu sebagai "satu kejutan besar".
Raja Charles III terharu terima ribuan kad, titip ucapan dan doa
Istana Buckingham mengeluarkan gambar baginda yang kelihatan terhibur dan terharu membaca nota yang ditulis pada kad-kad ucapan.
Britain, Finland pula tangguh biaya UNRWA susulan dakwaan Israel
Britain dan Finland telah menyertai negara-negara lain dalam menangguhkan pembiayaan kepada UNRWA.
Britain dakwa serangan ke atas Houthi tiada kaitan konflik di Gaza - PM Rishi Sunak
Serangan itu adalah tindakan mempertahankan diri dan disasarkan dengan berhati-hati, kata Rishi Sunak.
Guna AI tentukan umur penonton kandungan lucah di bawah garis panduan baharu UK
Britain mencadangkan garis panduan baharu semakan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian.
China nafi intip Parlimen Britain, gesa henti sebar maklumat palsu
China menafikan dakwaan Britain mengenai kemungkinan kes pengintipan di Parlimen London, lapor Agensi Berita Jerman ( dpa ).
Kelewatan perjalanan udara UK mungkin berterusan beberapa hari
Gangguan sistem kawalan udara United Kingdom (UK) memaksa ribuan penumpang syarikat penerbangan terkandas pada Isnin, dengan potensi gangguan berlanjutan.
Britain: Rishi Sunak umum hukum penjara seumur hidup bagi pembunuh kejam
Pesalah berbahaya yang melakukan pembunuhan paling kejam akan berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup tanpa peluang dibebaskan.