RATUSAN anggota penyelamat di Vietnam bertungkus lumus menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terjatuh ke dalam lubang sedalam 35 meter di tapak pembinaan sejak dua hari lalu.
Mangsa, Thai Ly Hao Nam, terjatuh dalam lubang batang tiang konkrit selebar 25 sentimeter yang dibina untuk jambatan baharu ketika sedang mencari besi buruk.
"Kami sedang berusaha yang terbaik. Kami tidak boleh memberitahu keadaan budak itu lagi," kata seorang anggota penyelamat yang dikenali sebagai Sau.
Menurut laporan media tempatan, penyelamat telah cuba menggali dan melembutkan tanah di sekeliling bagi menarik tiang untuk menyelamatkan Nam.
Akhbar Vietnam Tuoi Tre melaporkan pihak berkuasa tidak mengetahui keadaan semasa budak itu.
Dia berhenti berinteraksi dengan anggota penyelamat di luar walaupun oksigen telah dipam masuk ke dalam lubang tersebut.
Pada Isnin, Perdana Menteri Pham Minh Chinh meminta anggota penyelamat di peringkat persekutuan menyertai usaha pihak berkuasa tempatan untuk menyelamatkan Nam. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Mon Jan 02 2023
Mangsa terjatuh dalam lubang batang tiang konkrit selebar 25 sentimeter yang dibina untuk jambatan baharu ketika sedang mencari besi buruk. - Gambar/ Reuters
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
“Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah” - YB Pasir Mas
Ahli Parlimen Pasir Mas bertanya apakah jaminan kerajaan untuk fitnah yang ada dalam media sosial tidak berterusan. “Macam mana undang-undang yang ada dapat membela kami sebagai mangsa fitnah”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tenaga hijau dijual kepada Singapura merupakan lebihan TBB negara
Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang dibekalkan kepada Singapura bermula bulan ini adalah lebihan bekalan tenaga elektrik hijau dalam negara yang tidak digunakan ketika ini.
Program Digital Rakyat akan dilancarkan esok
Kementerian Digital akan melancarkan Program Digital Rakyat esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat seiring perkembangan ekonomi digital masa kini.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
AWANI Ringkas: KPM cadang perluas kelas hibrid ke 400 sekolah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
Pukul budak perempuan guna kayu, penjaga pusat jagaan anak yatim direman
Permohonan reman ke atas lelaki berusia 59 tahun itu dibuat bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Harapan temui budak lelaki terjatuh dalam lubang selamat semakin tipis
Thai Ly Hao Nam, terjatuh dalam lubang batang tiang konkrit selebar 25 sentimeter yang dibina untuk jambatan baharu.
Budak lelaki jatuh lubang sedalam 35 meter di Vietnam
Ratusan anggota penyelamat di Vietnam bertungkus lumus menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terjatuh ke dalam lubang sedalam 35 meter di tapak pembinaan sejak dua hari lalu.