awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Bukan, Justin Trudeau bukan anak Fidel Castro'

Agensi
Agensi
19/02/2018
02:08 MYT
'Bukan, Justin Trudeau bukan anak Fidel Castro'
Trudeau (kiri) didakwa sebagai anak kandung kepada pemimpin ikonik Cuba, Fidel Castro yang meninggal dunia pada 2016. - REUTERS
KECOH di Kanada apabila tersebarnya dakwaan Perdana Menteri Justin Trudeau merupakan anak kandung kepada bekas pemimpin Cuba, Fidel Castro.
Dakwaan yang tersebar luas itu memaksa pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan khabar palsu itu.
Perkara ini itu sebenarnya bukan baharu, sebaliknya telah mula diperkatakan sejak dua tahun lalu selepas Trudeau menghamburkan pujian 'melangit' terhadap pemimpin komunis itu yang meninggal dunia pada 25 Nov 2016.
Bagaimanapun ia kembali diperkatakan di media sosial selepas satu didakwa ditemui bersama mayat anak sulung Casto, Fidel "Fidelito" Ángel Castro Díaz-Balart, yang membunuh diri awal bulan ini.
Dalam nota bunuh diri itu, Fidelito kononnya mengesahkan Trudeau sebagai adik tirinya.
Kerajaan Cuba dalam reaksinya menolak menyangkal wujudnya nota bunuh diri berkenaan, pada masa sama menganggap dakwaan Trudeau sebagai anak Castro sebagai palsu.
Trudeau dilahirkan pada 25 Dis 1971 hasil perkongsian hidup bekas perdana menteri, Pierre Trudeau dan isterinya, Margaret.
Empat bulan selepas Trudeau dilahirkan, Margaret membuat kunjungan rasmi ke Cuba dan bertemu Castro.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#Cuba
#Fidel Castro
#Justin Trudeau
#Kanada
#mati
#mayat
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan