SEMUANYA bermula dengan sepinggan nasi goreng.
Sebuah hidangan mudah namun begitu seimbang: beberapa ekor udang, bawang merah dan sayur-sayuran yang berpotongan dadu. Semuanya terletak di atas semangkuk nasi Paw San – hasil tempatan – yang beraroma dengan setiap butiran nasi yang berbeza dan lencong pada hujungnya yang panjang seperti nasi Basmati.
Saya berada di bandar Pathein, kira-kira 195 kilometer ke arah barat Yangon dan di tengah-tengah pendalaman Wilayah Ayeyarwady yang sangat rendah dan subur. Saya mahu melihat sendiri status terkini industri beras Myanmar yang dahulunya terunggul di dunia.
Pada 1950-an (sebelum Jeneral Ne Win merampas kuasa pada tahun 1962), Burma merupakan pengeluar beras eksport yang terbesar di dunia dan Rangoon (kini Yangon) mempunyai pelabuhan yang paling sibuk di Asia, dengan kargo-kargo besar dimuatkan untuk penghantaran ke seluruh dunia.
Walaubagaimanapun, industri yang penting ini telah ketinggalan dengan pesaing-pesaing ketat seperti Thailand setelah Ne Win memperkenalkan dasar-dasar ekonomi yang bersifat xenofobia (i.e. cara beliau untuk menyebar ajaran Sosialisme di Burma).
Sudah tentu, terdapat sebab-sebab bersejarah di sebalik inisiatif-inisiatif yang merugikan tersebut. Pada kemuncak zaman penjajahan, industri beras – seperti semua pada masa itu – telah didominasi oleh mereka yang bukan berasal Burma; dengan hampir keseluruhan kegiatan perkilangan, penyimpanan, pengangkutan dan perkapalan berada di tangan ahli-ahli perniagaan dari Britain dan/atau India. Kebanyakan tanah-tanah padi yang berkualiti telah diperolehi para peminjam wang Chettiar dari India Selatan; sesuatu yang menimbulkan sentimen-sentimen negatif pada kalangan Burma asli terhadap orang-orang asing.
Sekarang pada 2017, Myanmar sedang berusaha untuk mengejar negara-negara ASEAN yang lain. Sebagai sebuah negara yang mempunyai lebih kurang 61.2% daripada populasinya yang masih terlibat dalam bidang pertanian, beras – eksport utama satu ketika dahulu – adalah penting bagi pertumbuhan dan kemakmuran masa hadapan.
Tugasan ini sangat menakutkan: kesuburan tanah delta di wilayah Ayerarwady kini membentuk lebih daripada 50% kapasiti pertumbuhan padi negara. Namun, sektor tersebut tidak begitu bersedia oleh kerana kekurangan pelaburan dan pengabaian yang telah berlaku pada beberapa dekad yang lalu.
Kebanyakan jalan luar bandar, terusan pertanian, kilang-kilang beras, pusat-pusat latihan dan kemudahan penyelidikan tidak dijaga atau dipulihkan dengan serta merta. Ini telah menyebabkan Myanmar – kini sedang menghasilkan komoditi penting tersebut dalam kuantiti yang lebih besar dari zaman penjajahan – memperolehi reputasi sebagai pengeluar yang menghasilkan beras yang berkualiti rendah.
Negara ini telah gagal dalam mengeksploitasi kedudukan strategiknya di antara China dan India – dua pasaran yang berpotensi besar. Sebaliknya, kebanyakan barang-barang eksport Myanmar dihantar kepada para pengguna di Afrika Barat (sebagai beras hancur) dan dijual pada harga yang rendah – oleh sebab kualiti rendahnya – apabila dibandingkan dengan harga dunia.
Ini membawa saya kembali kepada hidangan nasi goreng dan U Ko Aye, seorang petani berjaya – tinggal hanya setengah jam perjalanan dari pertengahan Pathein – yang saya sempat singgah untuk melawat setelah menghabiskan makanan. Keluarga U Ko Aye (beliau sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak perempuan) telah memiliki ladang seluas 11.5 hektar selama lima puluh tahun.
Setelah membeli pam air yang kecil, warga emas berusia lima puluh sembilan tahun ini telah berjaya untuk menanam pelbagai jenis tanaman: menuai beras dua kali setahun dan menanam sayur-sayuran, kacang panjang dan buah-buahan di antara kedua-dua musim tersebut.
Rumahnya yang sederhana tetapi kukuh – berbekalkan air dan tenaga elektrik – U Ko Aye mungkin ialah petanda nasib baik yang mendatang.
Namun, keyakinannya merundum apabila matanya merenung ke arah bangunan yang jauh. Beliau menjelaskan: “Orang-orang muda lebih menyukai bekerja di kilang-kilang berhawa dingin walaupun gaji mereka sedikit daripada kerja tani. Kami juga risau jika mereka merampas tanah kami untuk membina lebih banyak kilang.”
Beliau juga menanam beras Paw San. Beliau menjelaskan, walaupun beras itu memerlukan penjagaan yang lebih rapi, tanaman tersebut jauh lebih menguntungkan – dapatannya 25% lebih daripada beras biasa. Sememangnya, beras Paw San tidak sama dengan beras lain yang saya pernah lihat (atau makan) dan saya bukan keseorangan dalam berfikiran demikian.
Contohnya, pada tahun 2011, Persidangan Beras Sedunia telah menyatakan bahawa beras Paw San adalah jenis beras yang paling lazat, menewaskan beras Jasmin dari Thailand (dua kali pemenang anugerah tersebut).
Sebelum dimasak, beras Paw San kelihatan seperti beras Arborio yang digunakan dalam hidangan risotto: pendek dan keras. Namun, beras tersebut mengalami transformasi setelah dimasak: panjangnya bertambah dua atau tiga kali ganda, dan mempunyai lengkungan seperti beras Basmati.
Kini, cabaran untuk membina semula seluruh sektor pertanian adalah sukar tetapi tidak mustahil. Perkara tersebut pernah dilakukan sebelum ini: lihat sahaja apa yang telah dilakukan oleh warga Vietnam setelah tamatnya peperangan selama tiga puluh tahun.
Perjalanannya agak mudah: hak hartanah yang telus, kredit di kawasan pedalaman, pelaburan infrastruktur adalah sebahagian daripada gagasan polisi yang perlu digarapkan. Namun, reputasi kualiti rendah sukar untuk diketepikan – walaupun industri beras telah dibangkit semula di Vietnam, mereka sedang mengalami kesulitan untuk menuntut harga premium untuk hasil pertanian mereka.
Tetapi di sini, beras Paw San akan memainkan peranan penting sebagai duta jenama nasional – menarik perhatian serantau malah global terhadap ciri-cirinya yang unik dan luar biasa.
Sememangnya, saya telah menjadi peminat setia beras Paw San walaupun kebiasaannya saya tidak sedar jenis nasi apa yang saya makan. Sungguh benar, apabila saya kembali ke Yangon pada hari berikutnya, saya mencari-cari beras tersebut di Pasar Theingyi selama beberapa jam, lantas membawa pulang beberapa kilo – bukan sesuatu yang saya pernah lakukan sebelum ini.
Kepada sesiapa yang sayu melihat keadaan industri pertanian Myanmar – kunci pada era yang menekankan ketulenan dan jati artisan adalah beras Paw San, standard keemasan yang membolehkan industri ini untuk dibina semula dan diperjuangkan.
Karim Raslan
Thu Mar 09 2017
Myanmar bersedia untuk menggandakan eksport berasnya menjelang 2020. Foto Karim Raslan
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Aung San Suu Kyi didakwa import walkie-talkie secara haram
Sebanyak 10 alat walkie-talkie ditemui dalam satu serbuan di rumahnya, yang didakwa dibawa masuk ke dalam negara tanpa kebenaran.
Rampasan kuasa Myanmar: Wisma Putra suarakan kebimbangan serius
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini menggesa supaya keselamatan rakyat diutamakan menerusi dialog secara aman antara pemimpin.
Demokrasi lawan tentera di Myanmar, siapa menang, siapa tewas?
Penahanan Aung San Suu Kyi dan pemimpin NLD yang membuka jalan kepada darurat dan rampasan kuasa jadi medan perlawanan antara rakyat yang mahukan demokrasi dan tentera yang inginkan kuasa.
Ceritalah ASEAN - Ketika Rakhine terbakar, orang Islam Burma fikirkan nasib mereka
Kecaman dunia terhadap Kerajaan Myanmar, terutama Kounselor Negaranya dan juga pemimpin de facto Aung San Suu Kyi (atau ASSK), telah hampir menyeluruh, datang daripada semua pihak.
Drama televisyen Thailand cetus kemarahan keluarga diraja Myanmar
Keluarga Diraja terakhir Myanmar mengecam drama televisyen Thailand, 'A Lady's Flame' yang memaparkan kisah tipu daya istana Myanmar dahulu kala.
Ceritalah ASEAN - Beras Paw San: Peluang Myanmar untuk kembali ke peringkat antarabangsa?
Sebuah hidangan mudah namun begitu seimbang: beberapa ekor udang, bawang merah dan sayur-sayuran yang berpotongan dadu.
Isu pelarian Rohingya adalah masalah antarabangsa - Najib
Isu pelarian etnik Rohingya merupakan masalah antarabangsa dan bukan ASEAN sahaja, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.