Mahkamah Kanada pada Selasa membenarkan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei, Meng Wanzhou diikat jamin ASD7.5 juta atas dakwaan penipuan yang dilakukan.

Keputusan mahkamah Vancouver ini meredakan keadaan dalam kalangan rakyat China yang berang selepas Wanzhou ditahan pihak berkuasa Kanada 1 Disember lalu.

Penangkapan Wanzhou mengeruhkan lagi hubungan antara China dan Amerika Syarikat serta Kanada.

Wanzhou, yang juga anak kepada pengasas Huawei itu, berdepan tuduhan memperdaya bank multinasional berhubung kawalan Huawei ke atas sebuah syarikat yang beroperasi di Iran.

BACA: Kanada tahan CFO Huawei, hubungan China-AS kembali tegang?

BACA: China 'mengamuk' CFO Huawei ditahan

BACA: Penahanan CFO Huawei: Trump tidak tahu, China kata AS cemburu


Penipuan itu meletakkan bank terbabit berdepan risiko melanggar sekatan Amerika dan dikenakan penalti berat.

Jika diekstradisi ke Amerika Syarikat, beliau akan menghadapi tuduhan konspirasi untuk menipu banyak institusi kewangan.