awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing

Bernama
Bernama
31/03/2023
16:37 MYT
China buka sempadan kepada kumpulan pelancong asing
Pada Disember 2022, kerajaan China mula melonggarkan secara beransur-ansur dasar "toleransi sifar" itu, selepas dasar yang disifatkan paling ketat di dunia itu dilaksanakan selama hampir tiga tahun. - Gambar fail/ REUTERS
BEIJING: China membuka semula sempadan untuk kumpulan pelancong asing bermula Jumaat, selaras dengan keputusan kerajaan untuk menghapuskan dasar "toleransi sifar" terhadap jangkitan COVID-19, menurut Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China.
"Mulai hari ini, agensi pelancongan China dan penyedia perkhidmatan pelancongan dalam talian akan menyambung semula perkhidmatan lawatan berkumpulan untuk warga asing...," menurut kenyataan kementerian itu, lapor Sputnik.
Pada Disember 2022, kerajaan China mula melonggarkan secara beransur-ansur dasar "toleransi sifar" itu, selepas dasar yang disifatkan paling ketat di dunia itu dilaksanakan selama hampir tiga tahun.
Langkah berkenaan diambil berikutan bantahan besar-besaran terhadap sekatan di beberapa bandar di China.
Pada Januari 2023, China membatalkan sepenuhnya kuarantin dan ujian saringan PCR untuk pelawat yang datang dari luar negara dan menerima permohonan pasport daripada rakyat China untuk ke luar negara bagi tujuan pelancongan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#COVID-19
#pelancong
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan