DUNIA
China, AS fokus selesai sengketa dagang melalui dialog dan kerjasama

HE: China dan AS harus menyelesaikan persengketaan perdagangan menerusi dialog secara sama rata dan kerjasama yang saling memanfaatkan. -Gambar fail/Reuters
LONDON: China dan Amerika Syarikat (AS) harus menyelesaikan persengketaan perdagangan menerusi dialog secara sama rata dan kerjasama yang saling memanfaatkan, kata Naib Perdana Menteri China He Lifeng.
Ringkasan AI
- China menyeru agar persengketaan perdagangan dengan Amerika Syarikat diselesaikan melalui dialog yang adil dan kerjasama saling menguntungkan, seperti dinyatakan oleh Naib Perdana Menteri He Lifeng dalam mesyuarat perundingan ekonomi dan perdagangan China-AS.
- Kedua-dua negara bersetuju secara prinsip untuk melaksanakan konsensus yang dicapai oleh pemimpin mereka dalam perbualan telefon pada 5 Jun dan meneruskan hasil perbincangan di Geneva, dengan fokus kepada pengurangan salah faham dan pengukuhan kerjasama.
- He Lifeng menegaskan bahawa tiada pihak menang dalam perang dagang, dan walaupun China tidak mahu mencetuskan konflik, negara itu bersedia menghadapinya jika perlu.
China dan AS secara prinsip bersetuju melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara semasa perbualan telefon pada 5 Jun serta rangka tindakan untuk memantapkan hasil perbincangan di Geneva, sekali gus mencapai kemajuan baharu dalam menangani kebimbangan masing-masing membabitkan ekonomi dan perdagangan.
Tiada pemenang dalam perang dagang, kata He sambil berkata China enggan mencetuskan konflik tapi tidak gentar berdepan sebarang konflik.
Beliau turut menyeru dua negara supaya mengoptimumkan lagi mekanisme perundingan serta berusaha untuk memperkukuh kesepakatan, mengurangkan salah faham dan memperkasakan kerjasama.
- BERNAMA-CMG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami