China menghargai pendekatan 'Diplomasi Senyap' yang dilaksanakan Malaysia dalam mengendalikan isu Laut China Selatan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dalam perkataaan lain, mereka menyukai pendekatan bukan konfrontasi kita dengan menggunakan diplomasi sebagai saluran untuk menyelesaikan isu rumit," katanya selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi JinPing di sini pada Selasa.
Presiden Xi juga berkata China dan Malaysia saling mempunyai kepercayaan mendalam dari segi politik dan "mengadakan hubungan kerja yang baik dengan saya."
Sebarang perkara berbangkit berhubung Laut China Selatan disampaikan kepada China menerusi pelbagai mesyuarat, katanya selepas pertemuan 45 minit yang diadakan di luar Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik ke-23 di Manila.
Pertemuan itu diadakan atas permintaan China.
Ditanya tentang perkara berbangkit itu, beliau berkata: "Perkara itu adalah kita tidak sepatutnya membangkitkan ketegangan di kawasan itu, kita perlu memastikan supaya kawasan itu terus aman memandangkan keamanan dan kestabilan merupakan prasyarat bagi kemakmuran."
Kuasa Pasifik
Mengenai kehadiran kapal tentera laut Amerika Syarikat di Laut China Selatan, Najib berkata: "Kita perlu menerima hakikat bahawa Amerika melihat dirinya sebagai kuasa Pasifik dan akan terus berada di kedudukan itu."
"Dalam lain perkataan, hubungan antara Amerika Syarikat dan China – dua kuasa besar di rantau ini - akan menjadi penentu utama sama ada Laut China Selatan dan wilayah lain di dunia akan terus kekal aman dan stabil."
Najib percaya isu itu akan terus dibincangkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.
"Ia akan dibincangkan. Kami telah pun membincangkannya sebelum ini. Jadi, iabukan perkara baharu, sebaliknya lingkungan konteks isu itu," tegas beliau.
Prinsip ASEAN
Najib sebelum ini berkata ASEAN perlu dipandu oleh prinsipnya dalam menyelesaikan pertikaian secara baik dan bersandarkan kepada undang-undang antarabangsa apabila berurusan dengan tuntutan Laut China Selatan yang menjadi pertikaian.
Beliau berkata pihak yang terlibat dengan pertikaian itu tidak seharusnya melibatkan diri dengan aktiviti yang dapat meningkatkan ketegangan.
"Terdapat kebimbangan yang disuarakan oleh ASEAN sebagai sebuah kumpulan, bagaimanapun negara-negara perlu dipandu berdasarkan prinsip yang dinyatakan dengan jelas dalam menyelesaikan pertikaian secara baik dan menerusi perundingan, (mereka) mesti mematuhi undang-undang antarabangsa misalnya UNCLOS (Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut,"
katanya.
Dalam perkembangan lain, Najib berkata beliau dan Xi sependapat bahawa hubungan antara Malaysia serta China berada pada tahap yang paling tinggi dalam sejarah.
"Presiden Xi telah memberitahu yang Kerajaan China akan memberi keutamaan yang tinggi kepada hubungan dengan Malaysia, dan China akan terus memberi dukungan untuk perkasakan hubungan strategik antara Malaysia dan China," katanya.
Bernama
Tue Nov 17 2015
NAJIB: Kita perlu memastikan supaya kawasan itu terus aman memandangkan keamanan dan kestabilan merupakan prasyarat bagi kemakmuran. - Foto Bernama
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.