awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China sah 13 rakyat cedera dalam gempa bumi di Myanmar

Bernama
Bernama
30/03/2025
09:10 MYT
China sah 13 rakyat cedera dalam gempa bumi di Myanmar
Keadaan sebuah bangunan yang runtuh selepas gempa bumi kuat, di Mandalay, Myanmar, Jumaat lalu. - Gambar/ Reuters
YANGON: Seramai 13 warga China cedera dalam kejadian gempa bumi di Myanmar, menurut Kedutaan China di Myanmar pada Ahad.
Dalam kenyataan bertulis kepada Xinhua, kedutaan itu mengesahkan bahawa kesemua mangsa berada di wilayah Mandalay, dengan kebanyakannya sedang menerima rawatan perubatan, manakala sebahagian lagi dipindahkan segera ke Yangon untuk rawatan lanjut.
Sehingga 11.00 pagi waktu Beijing pada Ahad, kedutaan menerima dan mengurus ratusan permintaan bagi bantuan daripada rakyat China serta membantu puluhan individu mencari ahli keluarga dan rakan mereka yang hilang.
Kedutaan memberi jaminan akan terus menyediakan perlindungan konsular dan bantuan sewajarnya, memastikan talian kecemasan konsular sentiasa beroperasi, menyalurkan maklumat perubatan kepada mangsa yang cedera, serta membantu mereka yang kehilangan pasport dalam bencana itu.
Setakat malam Sabtu, pasukan penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar melaporkan bahawa gempa bumi itu mengorbankan 1,644 orang, mencederakan 3,408 mangsa, manakala 139 masih hilang.
Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter itu melanda Myanmar pada Jumaat, dengan beberapa pasukan penyelamat dari China turut terlibat dalam operasi bantuan bersama pihak berkuasa Myanmar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Myanmar
#rakyat china
#Mandalay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan