awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chris Brown bebas selepas ditahan polis Perancis, sambil siasatan dijalankan

Astro Awani
Astro Awani
22/01/2019
22:46 MYT
Chris Brown bebas selepas ditahan polis Perancis, sambil siasatan dijalankan
Chris Brown telah beberapa kali berdepan masalah undang-undang sejak mengaku bersalah pada 2009 melakukan serangan ke atas teman wanitanya ketika itu. (Foto AP/Fail)
Penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Chris Brown, dan dua individu lagi dibebaskan dari tahanan polis pada Selasa selepas seorang wanita memfailkan aduan berkaitan kes rogol terhadap mereka.
Pejabat pendakwa Paris berkata, ketiga-tiga mereka, salah seorangnya pengawal peribadi Brown, ditahan pada Isnin kerana disyaki berpotensi melakukan cubaan merogol dan salah guna dadah.
Menurut pihak pendakwa, pemenang Grammy berusia 29 tahun itu telah dibenarkan meninggalkan Perancis sementara siasatan dijalankan.
Pada petang Selasa, Brown memuat naik posting di Instagram menafikan tuduhan tersebut.
"Saya mahu terangkan dengan sejelas-jelasnya.. ini adalah palsu," katanya di dalam posting itu.
"Bagi anak saya dan keluarga saya, apa yang dilakukan sangat tidak hormat dan bertentangan dengan watak dan moral saya!" tambahnya.
BACA: Penyanyi rap terkenal Chris Brown ditahan polis
Pegawai publisiti Brown di Sony Music enggan mengulas berhubung aduan itu atau menjelaskan urusan Brown berada di Paris.
Peguamnya di AS, Mark Geragos, juga tidak memberi respon apabila diminta mengulas.
Brown telah beberapa kali berdepan masalah undang-undang sejak mengaku bersalah melakukan serangan jenayah pada 2009 ke atas teman wanitanya ketika itu, Rihanna.
Dia telah melalui tempoh percubaan bagi kes itu pada 2015.
Topic Berkaitan
#Chris Brown
#Dadah
#penyanyi
#polis
#rogol
#serangan
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan