SEORANG bekas pesakit COVID-19 di China disahkan positif virus itu 10 hari selepas dibenarkan meninggalkan hospital.
Ia mencetuskan kebimbangan bahawa pesakit yang telah pulih mungkin masih membawa virus tersebut.
Media China melaporkan pesakit terbabit dibenarkan pulang dari sebuah hospital awal bulan ini.
Pakar mengesyaki ada kemungkinan doktor tidak memberikan laporan tepat kepada pesakit sewaktu diberi kebenaran untuk pulang.
Pesakit itu tinggal di Chengdu di wilayah selatan Sichuan, menurut laporan People's Daily.
Berita itu mencetuskan panik dalam kalangan pengguna media sosial di China dengan majoriti menggesa hospital meningkatkan tahap ujian dan pengesanan.
Seorang pakar mengatakan kes seumpama ini jarang didengar namun tidak mustahil berlaku.
Dr Lei Xuezhong, Timbalan Pengarah Pusat Penyakit Berjangkit di Hospital Huaxi, mendakwa bahawa perubahan pada tahap ujian virus berkenaan boleh menjadi punca.
Dia menggesa pesakit yang pulih agar menjalani proses kuarantin selama 14 hari dan menyimpan rekod harian mengenai keadaan kesihatan mereka.
Agensi
Fri Feb 21 2020
Media China melaporkan pesakit terbabit dibenarkan pulang dari sebuah hospital awal bulan ini. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Piala Thomas: Penyertaan Tze Yong dibincang semula
Ng Tze Yong dikhabarkan mungkin tidak dapat bersama skuad negara ke Piala Thomas 2024 di Chengdu, China pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Harimau Malaya nyaris runtuhkan 'Tembok Besar' China
Berjaya pertahankan rekod tanpa kalah dalam enam aksi persahabatan selepas mencatat empat kemenangan dan satu seri sejak Mac lepas.
Minggu Harimau Malaya 'buru', peminat 'lekat' di depan televisyen
Pelbagai emosi bakal dirasai peminat tempatan, yang bakal menikmati sajian lima perlawanan dalam tempoh seminggu bermula esok.
Muhammad Safawi mahu 'gegar' China lagi
Mahu bantu Malaysia kekalkan rentak kemenangan pada dua aksi antarabangsa Tier 1 berdepan Syria dan China, di Chengdu, China bulan ini.
Projek perumahan hijau di China 'makan tuan', tak terjaga hingga jadi hutan mengerikan
Meskipun kesemua 826 unit di apartmen Qiyi City Forest Garden, Chengdu itu terjual April lalu namun setakat ini, bangunan itu hanya dihuni kira-kira 10 keluarga.