JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 46,386,903.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Amerika Syarikat terus kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 9,189,715 kes.

Ini diikuti India dengan 8,184,082 kes dan Brazil, 5,535,605 kes.

Negara yang melepasi angka satu juta kes adalah Rusia, Perancis, Sepanyol, Argentina, Colombia dan United Kingdom.

Negara dengan kes positif COVID-19 lebih setengah juta adalah Mexico, Peru, Afrika Selatan, Itali, Iran, Jerman dan Chile.

Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus tersebut adalah Iraq, Indonesia, Bangladesh, Belgium, Ukraine, Filipina, Turki, Belanda, Arab Saudi, Poland dan Pakistan.

Sementara itu, 18 negara lain merekodkan kes positif COVID-19 dalam lingkungan 100,000 hingga lebih 200,000 kes.

Terdapat juga beberapa negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.