LEBIH 3.64 bilion dos vaksin COVID-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data Johns Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.45 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India dengan 406 juta dos vaksin dan Amerika Syarikat (AS) sebanyak 337 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos ialah brazil.

Manakala United Kingdom serta Jerman lebih 85 juta dos.

Jepun dengan 70 juta dos dan Perancis 63 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 57 juta, jauh meninggalkan negara lain.

Manakala Filipina, Thailand dan Malaysia kini dengan lebih 14 juta dos.

Singapura di tangga kelima dengan lebih 6 juta dos.