Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 81.11 juta.

Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 19.22 juta kes.

Ini diikuti India dengan 10.2 juta kes dan Brazil dengan 7.48 juta kes.

Angka positif di Rusia kini melangkaui 3 juta kes.

Negara yang melepasi angka 2 juta kes ialah Perancis, United Kingdom, Turki dan Itali.

Manakala Sepanyol, Jerman, Colombia, Argentina, Mexico dan Poland antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Belanda, Indonesia, Belgium, Romania, Chile, Iraq, Kanada dan Bangladesh pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 400,000 kes termasuk Pakistan, Filipina, Switzerland, Maghribi, Israel, Portugal, Sweeden, Arab Saudi, Austria, Serbia dan Hungary.

Sejumlah 37 negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 1.77 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 334,000 kes.

Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, United Kingdom, Perancis, Iran, Rusia dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 dan 50,000 kes kematian ialah Argentina, Colombia, Peru dan Jerman.

Poland, Afrika Selatan, Indonesia dan Turki pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Sejumlah 10 negara lain merekodkan antara 10,000 dan 20,000 kes kematian.