NEW YORK: Gabenor New York, Kathy Hochul pada Ahad mengumumkan kewajipan pemakaian pelitup muka di semua sekolah di negeri itu akan ditarik balik pada 2 Mac.

Dalam taklimat yang diadakan di Albany, Hochul membuat keputusan itu susulan kes COVID-19 yang semakin menurun dan panduan daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Hochul berkata daerah dan bandar boleh mengekalkan mandat mereka sendiri, dan ibu bapa masih boleh memilih sama ada memakaikan anak mereka pelitup muka atau tidak.

Peraturan baharu itu berkuat kuasa pada Rabu terpakai kepada kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas di pusat penjagaan kanak-kanak.

New York mempunyai 2.7 juta murid sekolah, termasuk kira-kira 1 juta di New York City.

Mandat pelitup muka dilaksanakan semasa lonjakan COVID-19 yang didorong oleh varian Omicron pada Disember.

Bagaimanapun pelitup muka masih diperlukan di beberapa tempat, termasuk pengangkutan awam.