Susulan situasi pergerakan orang ramai antara wilayah di Indonesia, Presiden Joko Widodo (Jokowi) mengarahkan gabenor, datuk bandar dan ketua wilayah untuk mengetatkan lagi larangan pergerakan.
Menerusi kenyataan di Instagram rasminya, Jokowi berkata ia susulan rakyat republik itu terutama perantau dilihat mula mengambil keputusan untuk pulang ke kampung ekoran perintah darurat yang dilaksanakan sejak 20 Mac lalu.
“Sejak lapan hari lalu, terdapat 876 buah bas pengantara yang membawa seramai 14,000 orang penumpang dari Jabodetabek ke wilayah lain di Jawa.
“Ini belum termasuk rakyat yang menggunakan pengangkutan lain seperti kereta api, kapal, pesawat dan kereta,” katanya.
Jelas beliau, jumlah yang disifatkan besar itu berisiko memburukkan lagi penularan virus itu ke wilayah lain.
BACA: COVID-19: Indonesia mungkin halang rakyat pulang ke kampung sambut Aidilfitri
Beliau berkata walaupun sudah ada arahan dan gesaan oleh ketua daerah kepada perantau untuk tidak bergerak ke daerah lain, namun langkah itu dilihat tidak memadai.
“Memang sudah ada usaha gabenor dalam mengarahkan perantau di Jabodetabek untuk tidak bergerak (ke wilayah lain) dan saya minta usaha ini diteruskan, tetapi larangan-larangan seperti itu belum cukup.
“Perlu langkah-langkah yang lebih tegas untuk memutuskan rantaian penyebaran COVID-19 ini,” katanya.
Sementara itu, memetik laporan portal Detik.com, pemerintah juga turut menghalang penjawat awam dari pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di republik berkenaan.
Terdahulu, pelbagai pihak di Indonesia dilaporkan mendesak pemerintah pusat menguatkuasakan 'lockdown' atau perintah kawalan pergerakan (PKP) berikutan kes kematian akibat COVID-19 semakin membimbangkan.
BACA: COVID-19: Kes kematian semakin meningkat, Indonesia didesak kuat kuasa 'lockdown' atau PKP
Untuk rekod, Indonesia setakat Isnin mencatatkan 1,414 kes positif dan 122 kematian akibat COVID-19.
Najmi Syahiran Mamat
Mon Mar 30 2020
Jokowi berkata walaupun sudah ada arahan dan gesaan oleh ketua daerah kepada perantau untuk tidak bergerak ke daerah lain, namun langkah itu dilihat tidak memadai. -Reuters
Patuh santuni jemaah, petugas haji saban tahun
Kemahiran berkomunikasi, fasih berbahasa Arab, Melayu dan Bahasa Inggeris jadi nilai tambah kepada Pembantu Petugas Haji (PATUH) dalam menyantuni jemaah dan petugas haji dari Malaysia setiap kali ketibaan musim haji.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad - AS
Operasi itu bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada kumpulan pejuang Hamas di Gaza.
AWANI Pagi: Harapan Palestin & pupuk sifat sukarelawan anak muda
Ikuti temuramah wartawan Afiezy Azaman dengan Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) di Kaherah, Mesir berkaitan isu Palestin.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi
'Henti serang Rafah atau tiada gencatan senjata' - Hamas
Osama Hamdan tegaskan pilihan kini berada di tangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Hatrik Muhammad Azrai Aizad bantu Speedy Tigers kejutkan New Zealand 6-4
Sarjit menuntut anak buahnya untuk sekali lagi menampilkan aksi terpuji apabila menentang Jepun Rabu ini.
Hidup bersama secara aman antara 10 resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama
Resolusi itu dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Lintasan Karem Shalom dibuka semula
Susulan tindak kejam israel menutup lintasan Rafah, satu-satunya laluan bantuan kemanusiaan memasuki Gaza.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Amerika Syarikat berkata, mereka dimaklumkan bahawa lintasan Karem Shalom, yang sebelum ini ditutup Israel akan dibuka semula pada Rabu.
Operasi Israel di Rafah berbentuk terhad
Penasihat keselamatan White House, John Kirby mengesahkan operasi Israel di Rafah bertujuan mengekang penyeludupan senjata dan dana kepada Hamas.
Henti serang Rafah, atau tiada gencatan senjata – Hamas
Kumpulan pejuang Hamas, memberi kata putus kepada Israel untuk menghentikan serangan ke atas Rafah, atau ia menarik diri daripada perjanjian gencatan senjata.
Isu teknikal: Lapangan Terbang Antarabangsa UK alami masalah sistem e-gate
Sistem laluan automatik (e-gate) di beberapa lapangan terbang antarabangsa United Kingdom mengalami masalah teknikal pada malam Selasa menyebabkan orang ramai terpaksa beratur panjang dan menunggu lebih lama.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.