MOSCOW: Rusia merekodkan lebih 50,000 kes baharu harian COVID-19 untuk hari kedua berturut-turut pada Sabtu, kata pasukan petugas koronavirus kerajaan.

Sepanjang 24 jam lalu, 51,699 kes dikesan di seluruh Rusia, iaitu paling banyak dalam sehari sejak 9 Mac lalu.

Semalam, kes jangkitan melepasi paras 50,000 buat kali pertama dalam tempoh hampir enam bulan.

Jangkitan meningkat pada bulan Julai dan Ogos apabila varian baharu koronavirus yang sangat mudah ditularkan melanda seluruh negara.

Pasukan petugas itu berkata, 92 orang meninggal dunia akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut statistik kematian, Rusia adalah antara negara yang paling teruk terjejas oleh pandemik itu, dengan pengambilan vaksin perlahan dan kerajaan enggan mengenakan sekatan melangkaui penutupan yang singkat pada 2020.