CHINA merancang untuk membuka program vaksinasi kepada orang ramai di wilayah barat daya Sichuan awal tahun depan meskipun belum mendapat pengesahan rasmi.

Menurut pegawai kesihatan, sekurang-kurangnya sejuta orang penduduk menerima vaksin di China selepas ia mendapat kelulusan untuk kegunaan kecemasan.

Bagaimanapun ia terhad kepada kumpulan utama seperti penjawat awam dan pelajar antarabangsa.

China mempunyai lima vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan dalam fasa akhir walaupun belum mendapat persetujuan rasmi pihak berkuasa.

Media tempatan melaporkan, vaksin tersebut akan diberikan kepada orang ramai di Sichuan pada Februari 2021.

Sehingga kini, 118,000 dos vaksin telah tiba di wilayah tersebut dengan rancangan untuk menyuntik semua kumpulan berisiko tinggi pada 5 Februari sebelum melancarkan program ke seluruh penduduk. 

Sichuan merupakan wilayah pertama yang menawarkan program vaksinasi kepada orang ramai.