Singapura yang kini di dalam fasa kedua pembukaan semula ekonomi dan aktiviti sosial, pada laporan awalnya mengesahkan 15 kes baru jangkitan COVID-19 untuk tempoh 24 jam lepas, dengan lima merupakan kes import.
Dalam data ringkas yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan kesemua kes import tersebut telah dikenakan Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di negara itu.
Sementara itu, berdasarkan kepada siasatan sehingga kini, kementerian itu menyatakan terdapat satu kes dalam komuniti yang melibatkan rakyat Singapura dan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di republik itu kepada 57,558.
Kementerian itu menyatakan yang mereka masih lagi mendapatkan maklumat penuh kes terbait dan akan memberikan memberikan maklumat terkini malam ini.
Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat Jumaat, kementerian itu mengklasifikasikan 1,006 sebagai kes import, 2,242 kes dalam komuniti dan 54,295 kes melibatkan penghuni asrama pekerja asing.
MOH menyatakan 57,071 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan didiscaj daripada hospital ataupun fasiliti penjagaan komuniti.
"Sejumlah 38 pesakit masih berada di hospital, namun tiada yang ditempatkan di unit rawatan rapi," menurut MOH.
Sementara itu, 407 pesakit yang bergejala ringan atau secara klinikalnya sihat namun masih diuji positif COVID-19, telah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.
Sehingga kini, 27 orang mati akibat komplikasi COVID-19 di republik tersebut.
Tiada kluster baru dikenal pasti semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 19 2020
Singapura mengesahkan 15 kes baru jangkitan COVID-19 untuk tempoh 24 jam lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Fokus mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti Inovasi & Teknologi, Taylor’s University, Prof.Madya Ts Datuk Dr. Husin Jazri berpendapat bahawa Kementerian Ekonomi Malaysia harus fokus cara untuk mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan penuh dikalangan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ini berjaya.
SOP 'dine-in' Sabah kelirukan peniaga
Keputusan Kerajaan Sabah membenarkan dine-in di premis bermula hari ini mengundang kekeliruan dalam kalangan peniaga.
COVID: Jual nombor ekor haram punca kluster baharu di Sabah
Kluster Kuarters Bata Durok di Keningau melibatkan 12 kes kumulatif dicetus kes indeks seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun dikesan positif pada Rabu lepas.
Jangan anjur pesta durian - Polis Perak
Mengikut SOP, bukan sahaja tidak dibenarkan merentas daerah dan negeri, malah aktiviti sosial rasmi dan tidak rasmi juga tidak dibenarkan.
Dua kluster baharu di Sarawak melibatkan rumah panjang
JPBN Sarawak mengumumkan dua kluster baharu di Sarawak melibatkan rumah panjang di Subis, Miri dan Tatau, Bintulu.
PKP: Jangan cuba rentas Putrajaya untuk aktiviti sosial, riadah
Orang ramai dari kawasan PKP diingatkan tidak sesekali ingkar dengan cuba merentas untuk aktiviti sosial dan riadah.
Aktiviti sosial diperketat sekiranya PKP dilaksana semula di P. Pinang - Kon Yeow
Setakat ini, Jabatan Kesihatan negeri sudah mengemukakan analisis risiko terkini mengenai situasi COVID-19 di negeri itu kepada KKM.
PKPB di Raub, aktiviti sosial antara punca kenaikan kes mendadak
Aktiviti sosial dikesan antara punca menyebabkan COVID-19 merebak di daerah Raub di Pahang sehingga menyebabkan tercetusnya Kluster Raub Jaya.
COVID-19: Ketua masyarakat, kaum di Sarawak diarah lapor setiap aktiviti sosial
Pemimpin komuniti memainkan peranan penting dalam memastikan pematuhan SOP penduduk di kawasan mereka terus terjaga.
PKP tidak dilanjut, ini 5 tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini
Spa, refleksologi, urut, wellness termasuk perkhidmatan pedicure dan manicure dibenarkan.
PKP 2.0: Tiga kali tangguh kahwin, masih tiada tarikh sesuai...
Berkongsi dengan Astro AWANI, S. Ram memberitahu, dia sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Jumaat ini.