Thailand telah melaporkan empat kes baharu jangkitan COVID-19 dan satu lagi kematian, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini ialah 3,004 kes dengan 56 kematian.
Kematian terkini membabitkan seorang lelaki rakyat Thailand berusia 68 tahun dari Bangkok yang didiagnosis dijangkiti virus maut itu pada pertengahan Mac dan keadaan kesihatannya semakin merosot dengan kegagalan buah pinggang dan jangkitan dalam darah.
Daripada empat kes baharu itu, dua adalah dari wilayah selatan Yala di mana pihak berkuasa menjalankan pengesanan aktif kes susulan kadar jangkitan yang tinggi di kawasan itu yang membabitkan seorang wanita rakyat Thailand berusia 41 tahun dan seorang lelaki rakyat Thailand berusia 44 tahun.
Satu kes membabitkan seorang wanita rakyat Thailand berusia 36 tahun yang merupakan kontak rapat kes yang disahkan sebelum ini dan satu lagi ialah seorang wanita rakyat Thailand berusia 28 tahun yang bekerja di Phuket, yang memiliki jumlah kedua tertinggi kes COVID-19 di negara itu.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata pihak berkuasa kesihatan sedang mempergiat pengesanan aktif kes COVID-19 di negara itu.
Setakat ini, beliau berkata kira-kira 8,000 ujian telah dijalankan di empat wilayah iaitu Bangkok, Yala, Phuket dan Krabi.
"Sejumlah 44 atau 0.55 peratus telah diuji positif COVID-19," katanya dalam taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Thailand telah mencatat jumlah kes baharu COVID-19 yang rendah dan banyak pihak meluahkan kebimbangan berkaitan kapasiti ujian makmal di negara itu.
Ketua Pusat Kecemerlangan dalam Virologi Klinikal di Universiti Chulalongkorn Dr Yong Poovorawan menafikan dakwaan bahawa jumlah kes baharu yang rendah adalah disebabkan ujian makmal yang terhad.
"Kami telah menguji lebih 3,000 kes [bagi setiap juta penduduk]. Nisbah itu adalah tidak kurang berbanding ujian yang diadakan di Malaysia dan negara lain.
"Selain itu, kami kini sedang meningkatkan kapasiti kami kerana terdapat lebih banyak makmal swasta. Makmal di Thailand sudah menguji kira-kira 40,000 sampel sejak seminggu lepas," katanya memetik akhbar Bangkok Post.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata Thailand akan menghasilkan 800,000 baju Peralatan Perlindungan Diri (PPE), yang merupakan kerjasama antara Kementerian Kesihatan Awam dan Institut Tekstil Thailand.
Beliau berkata pengeluaran pertama sebanyak 44,000 unit akan diserahkan kepada hospital di seluruh negara.
"PPE itu, yang diperakukan oleh Jabatan Sains Perubatan serta Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), boleh digunakan semula sehingga 20 kali yang akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan untuk mengimport dari luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 09 2020
Pihak berkuasa kesihatan sedang mempergiat pengesanan aktif kes COVID-19 di negara itu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.