BANGKOK:Thailand kini meningkatkan pengesanan kes aktif di wilayah yang diletakkan di bawah kawalan tinggi di negara itu bagi menghentikan penularan COVID-19 dalam komuniti.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand Dr Apisamai Srirangsan berkata Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) telah memperluaskan langkah pengesanan kes aktif bagi COVID-19 di Bangkok dan 27 wilayah yang merekodkan lebih 50 kes dalam penularan terkini.
"Kami berharap langkah pengesanan kes aktif akan membantu mengurangkan risiko jangkitan dalam komuniti terutama dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini semalam.
Apisamai juga berkata pihak berkuasa yang berkaitan akan meningkatkan penguatkuasaan di sepanjang sempadan darat selepas timbul kebimbangan susulan peningkatan kes COVID-19 di negara jiran termasuk Malaysia.
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri telah menggesa gabenor wilayah di sepanjang sempadan meningkatkan pengawasan bagi mencegah kemasukan pekerja migran secara haram.
Media tempatan melaporkan bahawa peningkatan kes COVID-19 di negara jiran termasuk Malaysia dan Myanmar boleh menyebabkan rakyat Thailand serta pekerja asing melarikan diri dari negara terbabit melalui sempadan Thailand.
Pada Ahad, pihak berkuasa menahan lapan rakyat Myanmar kerana menyusup masuk ke Thailand dari Kedah melalui pusat pemeriksaan di Sadao, Songkhla untuk kembali ke negara asal mereka.
Sementara itu, Thailand telah mencatatkan sejumlah 369 kes baharu COVID-19 dengan sifar kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan dalam negara itu setakat ini ialah 12,423 kes dengan 70 kematian.
Daripada jumlah kes baharu itu, Apisamai berkata 357 adalah jangkitan tempatan, termasuk 275 yang dikenal pasti menerusi pengesanan kes aktif dengan 82 kes mempunyai kaitan dengan kunjungan ke kawasan berisiko tinggi, dan 12 kes import.
"Sehingga kini, sejumlah 12,423 kes COVID-19 dilaporkan di negara ini dengan 10,134 kes adalah jangkitan tempatan termasuk 3,982 yang dikenal pasti menerusi pengesanan kes aktif dan 2,289 mereka yang kembali dari luar negara.
"Setakat ini, sejumlah 3,147 pesakit masih dirawat di hospital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 18 2021
Sehingga kini, sejumlah 12,423 kes COVID-19 dilaporkan di Thailand dengan 10,134 kes adalah jangkitan tempatan. - Gambar fail
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.