Semasa penduduk Thailand meraikan sambutan Tahun Baharu Tradisional di rumah masing-masing hari ini dalam usaha menyekat pandemik COVID-19, negara itu mencatatkan penurunan dalam jumlah kes jangkitan hariannya.
Thailand hari ini merekodkan 28 kes baharu COVID-19 dan dua kematian, menjadikan jumlah kes kini menjangkau 2,518 dengan 40 kematian, dan hari ini merupakan hari kelima berturut-turut menyaksikan jumlah kes penyakit itu pada trend menurun.
Sehingga kini 1,288 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thailand Thaweesilp Wissanuyothin berkata kes kematian terbaharu melibatkan dua lelaki Thailand masing-masing berumur 56 dan 43.
"Kita tidak sepatutnya berpuas hati dengan situasi semasa kerana keadaan sebenarnya masih tidak menentu," katanya pada taklimat harian COVID-19 hari ini.
Thaweesilp berkata statistik menunjukkan sejak dua minggu lepas, sumber utama jangkitan baharu di negara itu - 864 kes melibatkan kontak rapat dengan pesakit yang disahkan, 287 kes mereka yang kembali dari luar negeri dan 243 kes berkaitan dengan stadium muay thai.
Sementara itu jalan-jalan di Bangkok, termasuk Khao San Road yang biasanya sibuk dengan kunjungan ribuan orang termasuk pelancong asing dari seluruh dunia meraikan sambutan Songkran, kini kelihatan lengang.
Kerajaan Thailand mengumumkan sambutan Songkran tahun ini akan ditangguhkan sehingga notis selanjutnya, bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Sementara itu semua aktiviti air semasa Songkran dihentikan tahun ini, manakala pihak berkuasa yang berkaitan berterusan menggesa orang ramai supaya mengelak daripada melakukan perjalanan jauh di samping mengelak perhimpunan atau aktiviti berkumpulan, dalam usaha mencegah penularan penyakit itu.
Selain itu semua kuil ditutup dan aktiviti keagamaan ditangguhkan semasa Songkran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 13 2020
Sehingga kini 1,288 pesakit telah sembuh dan dibenarkan pulang. - Gambar fail/AP
Pantau Agenda Reformasi: Pantau kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah UMK
Perincian kenaikan ketika pembentangan Belanjawan 2022
Menteri Komunikasi itu berkata kenaikan itu hanya boleh berlaku susulan pengurusan dan tatakelola yang lebih baik diamalkan Kerajaan Perpaduan, terutamanya dalam usaha melawan rasuah.
19 maut lebuh raya runtuh di Guangdong, China
Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou.
PM arah segera tubuh Suruhanjaya Pekerja GIG
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan pendapatan minimum penjawat awam meliputi gaji dan elaun mesti melebihi RM2,000 sebulan bermula tahun ini.
Kenaikan beri impak kepada perspektif ekonomi negara
Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi.
Kementerian Pengangkutan pantau perkembangan ruang udara
Kementerian Pengangkutan (MoT) memantau rapi perkembangan terkini situasi Gunung Ruang, Indonesia yang dilaporkan meletus sebanyak tiga kali semalam dan mengakibatkan abu merebak ke negara ini.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah sehingga menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan ke Kota Kinabalu semalam.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah sehingga menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan ke Kota Kinabalu semalam.
Kebakaran sampah jejas kesihatan penduduk
Kebakaran kawasan pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan,Kuala Nerus sejak enam hari lalu menimbul kesulitan dan keresahan penduduk dikawasan berhampiran.
Penduduk mendakwa kebakaran itu mengakibatkan kawasan berkenaan diselubungi asap tebal hingga mengganggu rutin harian dan bimbang dengan tahap kesihatan mereka.
Penduduk mendakwa kebakaran itu mengakibatkan kawasan berkenaan diselubungi asap tebal hingga mengganggu rutin harian dan bimbang dengan tahap kesihatan mereka.
Dua pekerja pengsan dan dua lagi muntah
Dua pekerja lelaki pengsan, manakala dua lagi mengalami muntah dan loya selepas dipercayai terhidu gas phenol selepas kobocoran dari sebuah kilang di kawasan Lunas, Kulim.
Komander Operasi Kanan Pasukan Hazmat JBPM Kedah, Hamizul Azwan Hamdan berkata, bilik gerakan operasi bomba menerima panggilan berlaku kebocoran di sebuah kilang yang menggunakan bahan kimia pada jam 9.53 pagi.
Komander Operasi Kanan Pasukan Hazmat JBPM Kedah, Hamizul Azwan Hamdan berkata, bilik gerakan operasi bomba menerima panggilan berlaku kebocoran di sebuah kilang yang menggunakan bahan kimia pada jam 9.53 pagi.
Penerbangan dibatalkan, penumpang lambat dimaklumkan
Penumpang yang ditemui krew Astro AWANI di Lapangan Terbang Tawau memaklumkan lewat diberitahu mengenai pembatalan penerbangan masuk dan keluar akibat letusan Gunung Berapi Ruang.
AirAsia batal 21 penerbangan susulan letusan Gunung Ruang
Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia membatalkan sebanyak 21 penerbangan antara Sarawak dengan Kuala Lumpur, Sabah dan Johor serta penerbangan antarabangsa ke Singapura, susulan letusan semula Gunung Ruang Indonesia
MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.
Mohammad Rifdean idam kontrak ONE Championship, tali pinggang
Atlet dari Sarawak itu memerlukan 78 saat untuk menundukkan Pichai Lookbanmai dengan pukulan TKO dalam pertarungan ONE Friday Fights 56.
Kedutaan lancar kempen promosi produk Malaysia di Thailand
Kempen "Taste of Malaysia" merupakan program berterusan untuk meningkatkan identiti jenama produk Malaysia di Thailand.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Bangkok dilanda jerebu tebal, seluruh Thailand catat udara tidak sihat
Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.
Bangkok diselubungi asap, pekerja bekerja dari rumah
Bangkok disebungi asap tidak sihat dengan zarah PM2.5 melonjak melepasi paras selamat pada 50 ug/m3, mencetuskan kebimbangan kesihatan awam.
Negara membangun perlu perkukuh sektor logistik dan rantaian bekalan - Ismail Sabri
Penekanan kepada tenaga kerja mahir dan mempromosikan inovasi juga menjadi antara faktor untuk memperkukuh sektor logistik.
Sekurang-kurangnya 20 maut kilang bunga api meletup di Thailand
Sekurang-kurangnya 20 maut dalam satu letupan di sebuah kilang bunga api di Suphan Buri, kira-kira 120 kilometer utara Bangkok pada Rabu.
Thailand rancang perkenal lebih banyak produk, perkhidmatan untuk tarik pelawat Malaysia
Warga Malaysia mendahului dengan 4.56 juta pelawat daripada jumlah keseluruhan 28 juta pelancong yang melawat Thailand pada 2023.
Jenazah Pegawai Kedutaan Malaysia di Bangkok selamat dikebumikan
Jenazah Fadzilah Abu Hasan selamat dikebumikan pada 9.50 malam di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Jannah Khariah, Kampung Limau Manis, Kajang.