SYDNEY:Daripada 40,000 ujian saringan yang dijalankan di seluruh Australia pada sambutan Krismas, hanya sembilan kes yang disahkan positif COVID-19.

Ketua Menteri New South Wales Gladys Berejiklian memaklumkan, kesemua kes yang dilaporkan melibatkan jangkitan tempatan.

Daripada kesemua kes tempatan tersebut, lapan daripadanya melibatkan jangkitan di pantai utara Sydney, yang dikenali sebagai Kluster Avalon.

Susulan itu, penduduk di pantai utara hanya dapat meninggalkan kediaman atas urusan penting dan perjumpaan di luar rumah hanya dibenarkan seramai lima orang sahaja.

Pada masa sama, Berejiklian menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai utara di Sydney.

BACA: COVID-19: Dua kes positif melibatkan mutasi virus UK dikesan di Australia

BACA: Warga Malaysia terlantar di hospital Australia nafi laporan 'kesunyian'