awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: AS beri kelulusan akhir untuk dos penggalak

Bernama
Bernama
22/10/2021
05:24 MYT
COVID-19: AS beri kelulusan akhir untuk dos penggalak
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) telah memberikan kelulusan akhir untuk dos penggalak COVID-19. - Gambar hiasan/Reuters
WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis telah memberikan kelulusan akhir untuk dos penggalak COVID-19.
Pengarah CDC, Rochelle Walensky berkata, individu yang sudah menerima dua dos Pfizer-BioNTech atau Moderna layak menerima suntikan penggalak jika berusia 65 tahun ke atas, mempunyai masalah kesihatan atau bekerja di bidang berisiko tinggi, menurut agensi berita Anadolu.
Terpulang kepada individu untuk menentukan jenis vaksin yang mereka mahukan untuk suntikan penggalak. Ketiga-tiga vaksin sangat berkesan dalam mengurangkan risiko kesihatan yang teruk, kemasukan ke hospital dan kematian, menurut pihak berkuasa kesihatan itu dalam satu kenyataan.
Kematian dan kes jangkitan COVID-19 mingguan menunjukkan penurunan sejak September.
Sehingga kini, lebih 77 peratus penduduk berusia 12 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dengan lebih 57 peratus sudah lengkap dua dos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#dos penggalak
#Rochelle Walensky
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan