LONDON: Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates berkata baru-baru ini bahawa teori yang mendakwa dia boleh menjejaki orang ramai melalui mikrocip dalam suntikan vaksin COVID-19 sebagai 'gila'.
Gates menyatakan demikian dalam satu wawancara dalam program Today terbitan Radio BBC.
"Saya hampir ketawa kerana ini kenyataan tidak masuk akal," katanya dalam program tersebut.
Satu teori konspirasi telah tersebar luas sejak dua tahun lalu di media sosial.
Teori itu mendakwa Gates mahu menggunakan vaksinasi besar-besaran untuk menanam mikrocip ke dalam tubuh manusia supaya dia boleh menjejakinya secara digital.
Namun, Gates sentiasa menafikannya tetapi penafian yang dilakukan itu belum cukup untuk memadamkan teori tersebut.
"Maksud saya, adakah saya benar-benar mahu menjejaki orang?
"Saya belanja berbilion-bilion untuk vaksin. Saya tidak buat keuntungan melalui vaksin.
"Vaksin menyelamatkan nyawa, ia tidak menyebabkan kematian.
"Jadi, beberapa orang pernah menjerit kepada saya bahawa saya telah menjejaki mereka dan itu adalah perkara yang mengerikan," ujarnya. - Agensi
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 09 2022
Gates sentiasa menafikannya tetapi penafian yang dilakukan itu belum cukup untuk memadamkan teori tersebut. -Gambar fail/Weforum.org
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
'Bill Gates kenal Dolly Chaiwala, Dolly Chaiwala tak kenal Bill Gates' - Netizen
Gates dipercayai singgah menikmati teh susu Dolly sewaktu hadir ke majlis praperkahwinan anak orang terkaya Asia yang diadakan selama tiga hari di India.
AI akan ubah kehidupan manusia dalam masa lima tahun, kata Bill Gates
Bill Gates percaya sejarah menunjukkan setiap teknologi baharu hadir ketakutan dan menyusul dengan peluang baharu.
Twitter mula buang tanda pengesahan biru, Bill Gates dan Kim Kardashian antara 'mangsa'
Twitter pada Khamis mula membuang tanda pengesahan daripada beribu-ribu akaun, termasuk akaun tokoh terkenal.
Gates syor cipta benih ajaib tangani isu perubahan iklim
Apa yang diperlukan katanya, adalah inovasi dalam teknologi pertanian yang boleh membantu memulihkan krisis tersebut.
MBKM, agensi berkaitan perlu lebih giat majukan industri penerbitan buku - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara ini dipupuk secara berterusan.
Amaran Bill Gates tentang wabak, serangan cacar jadi kenyataan
Gates menyarankan pemerintah melabur puluhan bilion dolar untuk R&D yang didakwa bakal menelan kos yang tinggi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Mei 2022.
COVID-19: Bill Gates nafi suntikan vaksin boleh jejak manusia
Gates sentiasa menafikannya tetapi penafian yang dilakukan itu belum cukup untuk memadamkan teori tersebut.
COVID-19: Pandemik terburuk, lebih dahsyat mungkin melanda dunia - Bill Gates
Gates beri amaran kemungkinan terdapat varian "lebih mudah tersebar dan lebih berbahaya" berbanding varian Delta dan Omicron."
Bebas karbon: Negara kaya perlu main peranan - Bill Gates
Negara-negara kaya perlu memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan penghasilan produk teknologi hijau di peringkat global.