awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Genap dua tahun sejak perintah berkurung di bandar Wuhan

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2022
23:08 MYT
COVID-19: Genap dua tahun sejak perintah berkurung di bandar Wuhan
Orang ramai memakai topeng pelitup muka ketika berada di kawasan terbuka di Wuhan, dalam wilayah Hubei, China, 23 Jan 2022. (Foto AP)
GENAP dua tahun lepas, bandar Wuhan di China melaksanakan perintah berkurung yang pertama di dunia akibat virus COVID-19.
Tanggal 23 Jan 2020, China mengumumkan penutupan di semua sektor, termasuk penerbangan dan pengangkutan awam.
Ia dalam usaha menghentikan penularan virus yang pada ketika itu hanya mengorbankan 17 nyawa, sebelum mencecah 5.6 juta nyawa setakat ini.
Pada hari itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih belum menyifatkan virus itu sebagai satu kecemasan kesihatan global, tetapi menyatakan ia satu kemungkinan besar.
Dan sejak itu juga, China mempunyai dasar "toleransi sifar" terhadap COVID-19, dengan melakukan ujian saringan besar-besaran serta sekatan-sekatan bandar untuk mengekang penularan wabak tersebut.
Ketika ini, sekatan masih lagi berkuat kuasa di tiga bandar di China iaitu Xi'an, Anyang dan Tianjin, dengan 20 juta orang terkurung di rumah sejak awal bulan ini.
Di China sahaja, sebanyak 4,636 kematian disahkan akibat virus tersebut sejak dua tahun lepas.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Wuhan
#perintah berkurung
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan