awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Itali catat enam kematian, negara paling teruk terjejas di Eropah

Isabelle Leong
Isabelle Leong
24/02/2020
23:30 MYT
COVID-19: Itali catat enam kematian, negara paling teruk terjejas di Eropah
Kerajaan Itali juga telah memperkenalkan beberapa langkah pembendungan dan menghentikan semua acara dan perhimpunan selain menutup sekolah, taska, muzium serta pejabat awam lain. - REUTERS
ITALI mencatatkan enam kematian akibat koronavirus COVID-19, menjadikannya negara yang paling teruk terjejas susulan penularan wabak itu, di Eropah.
Polis telah mengawal pusat pemeriksaan di sekitar bandar-bandar yang dikuarantin di utara Itali, pada Isnin.
Ia susulan tindakan pihak berkuasa mengawal penyebaran wabak koronavirus yang menjadikan negara tersebut sebagai titik tumpuan wabak di Eropah.
Pegawai kesihatan Itali pada Isnin berkata, terdapat 229 kes jangkitan di seluruh negara berkenaan dan enam kematian dicatatkan.
Terdapat 101 pesakit di hospital manakala 27 lagi ditempatkan di unit rawatan rapi.
Wilayah Lombardy yang paling teruk terjejas melaporkan 172 kes dengan lima kematian.
Sejak peningkatan jumlah kes di Itali, bursa saham negara itu mencatatkan kerugian besar iaitu jatuh lebih daripada empat peratus pada satu masa.
Pada Sabtu lalu, Itali merupakan negara pertama di Eropah yang mengkuarantinkan warganegaranya, dengan lebih 50,000 penduduk di 11 bandar yang menghadapi “lockdown”.
BACA: COVID-19: Itali catat kematian pertama
Kerajaan Itali juga telah memperkenalkan beberapa langkah pembendungan dan menghentikan semua acara dan perhimpunan selain menutup sekolah, taska, muzium serta pejabat awam lain.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#eropah
#Itali
#jangkitan
#kematian
#koronavirus
#kuarantin
#lockdown
#negara
#paling teruk
#paling teruk terjejas
#penularan wabak
#terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan