awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jangkitan baharu di Indonesia lepasi angka 8,000 kes

Bernama
Bernama
03/12/2020
10:44 MYT
COVID-19: Jangkitan baharu di Indonesia lepasi angka 8,000 kes
Sebanyak 8,369 kes baharu dicatatkan di seluruh republik itu, menjadikan kes keseluruhan kini meningkat kepada 557,877 kes. - Gambar REUTERS
JAKARTA:Jangkitan baharu COVID-19 di Indonesia buat pertama kalinya mencatatkan angka melebihi 8,000 kes dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan 2 Mac 2020.
Sebanyak 8,369 kes baharu dicatatkan di seluruh republik itu, menjadikan kes keseluruhan kini meningkat kepada 557,877 kes.
Rekod tertinggi kes baharu sebelum ini ialah pada 29 Nov lepas iaitu 6,267 kes.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 462,553 pesakit dinyatakan telah sembuh, manakala 69,027 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 156 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 17,355 orang.
Provinsi Jakarta menjadi wilayah tertinggi untuk kes positif keseluruhan iaitu 140,238 dengan 1,153 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan kes keseluruhan kematian tertinggi iaitu 4,493 orang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#jangkitan baharu
#Indonesia
#BNPB
#Jakarta
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan