awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jerman dan Perancis cadang dana pemulihan pasca pandemik

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2020
23:20 MYT
COVID-19: Jerman dan Perancis cadang dana pemulihan pasca pandemik
Angela Merkel (kanan) mengadakan sidang media menerusi video secara bersama dengan Emmanuel Macron di Berlin, Jerman, 18 Mei, 2020. REUTERS
PERANCIS dan Jerman mencadangkan dana pemulihan bernilai ASD545 bilion untuk diagihkan kepada negara-negara Eropah yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
Dana berkenaan dicadang ditawarkan sebagai geran.
Cadangan itu dikemukakan Canselor Jerman Angela Merkel dan Presiden Perancis Emmanuel Macron.
“Apakah sasarannya? Ia bertujuan membolehkan Eropah kembali bangkit dari krisis ini secara bersama. Kami maklum kesan virus ke atas negara anggota adalah berbeza dan wujud risiko Kesatuan Eropah diancam kemelesetan ekonomi akibat virus ini.
“Dana pemulihan ini akan membantu negara anggota untuk bertindak secara tersusun, ia memerlukan usaha luar biasa, yang mana Jerman dan Perancis bersedia untuk melaksanakannya,” katanya.
Sementara itu, Macron menyifatkan penubuhan dana itu sebagai langkah kritikal untuk pemulihan zon Euro.
Cadangan itu turut mengubah pendirian Merkel sebelum ini.
Beliau dilaporkan menolak cadangan perkongsian hutang sebaliknya berpendapat, Suruhanjaya Eropah sewajarnya mengumpul dana dengan kaedah pinjaman daripada pasaran.
Cadangan itu bagaimanapun masih perlu mendapat sokongan negara anggota Kesatuan Eropah yang lain.
Pada Selasa, kedua-dua pemimpin mengadakan sidang media menerusi video secara bersama di Berlin, Jerman.
Topic Berkaitan
#Angela Merkel
#COVID-19
#dana pemulihan
#ekonomi
#Emmanuel Macron
#hutang
#Jerman
#kemelesetan ekonomi
#kesan virus
#Kesatuan Eropah
#krisis
#Perancis
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan