JUMLAH keseluruhan kes positif global COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah 34,124,948.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan 7.2 juta kes.

Ini diikuti India dengan 6.3 juta kes, manakala Brazil merekodkan 4.8 juta kes.

Di Russia pula, jumlah jangkitan mencecah 1.17 juta.

Negara-negara seperti Colombia, Peru, Sepanyol, Mexico, Argentina, Afrika Selatan dan Perancis pula mencatat angka melebihi 600,000.

Sementara itu, menurut statistik Johns Hopkins University, angka korban di seluruh dunia setakat ini adalah sebanyak 1,016,723.

Bilangan yang maut di AS pula mencatat pertambahan kira-kira 1,000 dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kumulatif setakat ini 207,550.

Brazil di tempat kedua dengan angka korban 143,952.

India dan Mexico juga terus mencatat pertambahan dengan masing-masing merekod kematian sebanyak 98,678 dan 77,646.

Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 50,000 kes.