JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini mencecah angka 64.3 juta.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 13.86 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 9.49 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 6.38 juta kes.

Negara yang melepasi angka 2 juta kes ialah Rusia dan Perancis.

Manakala Sepanyol, United Kingdom, Itali, Argentina, Colombia, Mexico, Jerman dan Poland mencatat lebih sejuta kes.

Iran, Peru, Afrika Selatan, Ukraine, Turki, Belgium, Iraq, Chile, Indonesia dan Belanda merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes ialah Romania, Bangladesh, Filipina, Pakistan, Kanada, Maghribi, Arab Saudi, dan Switzerland.

Sementara itu, sebanyak 33 buah negara lain merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.