awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Korea Selatan mula sesi persekolahan kelas dalam talian

Agensi
Agensi
31/03/2020
01:58 MYT
COVID-19: Korea Selatan mula sesi persekolahan kelas dalam talian
Chung berkata, langkah itu diambil berikutan penularan COVID-19 sehingga menjejaskan sesi persekolahan yang sepatutnya bermula awal Mac lalu. - Gambar agensi
SEOUL: Korea Selatan akan memulakan tahun persekolahan baharu menerusi kelas dalam talian bermula 9 April ini. Perdana Menterinya, Chung Sye-Kyun berkata, langkah itu diambil berikutan penularan wabak COVID-19 sehingga menjejaskan sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada awal Mac lalu. "Kerajaan tidak pernah menjangkakan untuk melaksanakan kelas dalam talian di peringkat sekolah dan ia juga tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya seperti dipetik The Horea Herald pada Selasa. Chung berkata, sesi persekolahan telah ditangguh sebanyak tiga kali sebelum ini kerana risiko berlaku penularan wabak berkenaan di sekolah. "Kerajaan telah membuat kajian tentang pelaksanaan sesi persekolahan dalam talian ini dan ia boleh dilaksanakan dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk persediaan akaun (portal dalam talian) pelajar selain mengetengahkan penyesuaian pelajar terhadap pelaksanaan kelas ini. "Semua pelajar juga perlu diberi akses komputer dan Internet yang stabil bagi melancarkan sesi persekolahan berkenaan," katanya. Dalam pada itu, Chung berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan peperiksaan untuk kemasukan kolej negeri yang dijadualkan bermula pada 19 November depan juga akan ditangguhkan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kerajaan
#Korea
#Korea Selatan
#Korea Utara
#koronavirus
#pelajar
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan