JAKARTA: Satu jenama susu lembu menjadi rebutan orang awam di Indonesia hujung minggu lalu, susulan khabar angin ia dapat meningkatkan pengeluaran antibodi bagi mencegah jangkitan COVID-19.
Portal media Jakarta melaporkan beberapa video yang tular di Indonesia menunjukkan orang ramai berasak dan berebut untuk mendapatkan susu Bear keluaran Nestle itu di sebuah pasaraya di Tangerang.
Permintaan yang naik mendadak membuatkan harganya meningkat sehingga 50,000 rupiah Indonesia (RM14) dari harga asalnya 9,000 rupiah (RM2).
Nestle memaklumkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenai kenaikan harga tetapi berjanji akan memastikan bekalan yang berterusan di pasaran.
Persatuan Perubatan Indonesia dalam kenyataannya menegaskan susu itu memberi manfaat yang sama seperti susu biasa, dan tidak akan membantu mengelakkan jangkitan COVID-19.
“Teruskan jika anda ingin minum susu Bear atau mana-mana susu tepung. Tidak ada apa yang membezakannya dengan susu lain," kata Ketua Pasukan Petugas Khas COVID-19, Zubairi Djoerban.
Tambahnya, untuk mendapatkan manfaat pemakanan yang lengkap, adalah lebih baik jika orang ramai makan sayur-sayuran, buah-buahan dan tidak hanya minum susu semata-mata.
Astro Awani
Tue Jul 06 2021

Orang ramai berasak dan berebut untuk mendapatkan susu Bear keluaran Nestle itu di sebuah pasaraya di Tangerang. - Foto Instagram

Pemilihan PKR 2025 asas penting hadapi PRU16 - Rafizi
Pemilihan PKR 2025 adalah asas penting ke arah memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Rafizi.
AWANI Ringkas: Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar ke Rusia esok, penuhi jemputan Presiden Putin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula 13 hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.
Trump akan tandatangani perintah eksekutif kurangkan harga ubat sehingga 80 peratus
Presiden AS Donald Trump mengumumkan perintah eksekutif untuk mengurangkan harga ubat preskripsi sehingga 80%, menyifatkannya sebagai antara perintah eksekutif paling penting dalam sejarah negara.
Pope Leo XIV seru gencatan senjata segera di Gaza
Pope Leo XIV menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan melahirkan rasa dukacita terhadap situasi kemanusiaan yang semakin meruncing, dalam ucapan pertamanya selepas dilantik sebagai Paus.
Cuaca panas melampau uji ketahanan jemaah di tanah suci
Pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan suhu melampau mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, membahayakan kesihatan jemaah haji. Langkah keselamatan disarankan untuk mengatasi cabaran ini.
Kereta api laju Indonesia catat rekod 25,000 penumpang sehari semasa cuti Wesak
Kereta api berkelajuan tinggi Whoosh mencatat rekod baharu dengan mengangkut lebih 25,000 penumpang dalam sehari, mencerminkan peranannya sebagai pilihan mobiliti yang pantas dan moden.

Pemandu pacuan empat roda rempuh motosikal bukan pemilik kenderaan
Polis masih menjalankan proses sambung reman ke atas suspek dan kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
MBPP minta orang ramai jangan beri makan burung
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengeluarkan kompaun terhadap lima individu bulan lalu kerana memberi makanan kepada burung merpati di tempat awam.
Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul sekumpulan individu dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada Sabtu.

Kereta api laju Indonesia catat rekod 25,000 penumpang sehari semasa cuti Wesak
Whoosh membawa 25,316 penumpang pada Sabtu, mengatasi rekod terdahulu sebanyak 24,350 penumpang yang dicatat pada 27 Jan 2025.

Gegaran di Pantai Barat Semenanjung susulan gempa di utara Sumatera
Gegaran dirasai di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia petang tadi susulan kejadian gempa bumi sederhana yang berlaku di utara Sumatera, Indonesia.

Indonesia gagalkan cubaan seludup migran ke Malaysia, dua suspek ditahan
Bot itu dikesan di Selat Morong berhampiran Pulau Rupat pada 8 Mei ketika cuba memasuki perairan Malaysia secara haram.

Gempa bumi sederhana landa Sulawesi
Gempa dengan kedalaman 79km itu berlaku kira-kira 103km tenggara dari Gorontalo, Indonesia.

Ekonomi Indonesia berkembang 4.87 peratus pada suku pertama
KDNK Indonesia mencecah 5,665.9 trilion rupiah pada harga semasa dan 3,264.5 trilion rupiah pada harga tetap 2010 pada suku pertama 2025.

PM Australia yang dipilih semula Albanese akan lawat Indonesia, Malaysia, Kanada
Albanese mengumumkan rancangan untuk mengadakan lawatan diplomatik ke Indonesia, Malaysia dan Kanada dalam beberapa minggu akan datang.

Pendaki Malaysia yang terjatuh di Gunung Rinjani ditemukan meninggal dunia - Pihak Berkuasa Taman Negara
Pasukan SAR telah membawa keluar jenazah pendaki itu dari bawah jurang sekitar 80 meter pukul 10.30 pagi waktu tempatan.

Indonesia sekat lebih 1.3 juta kandungan berkaitan perjudian dalam talian
Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan pengawasan dan menguatkuasakan undang-undang digital.

Piala Sudirman: Indonesia hantar protes kepada BWF
Indonesia secara rasminya menghantar protes kepada BWF susulan insiden yang berlaku perlawanan menentang Denmark dalam Kumpulan D Piala Sudirman.

KPDN, Jakim kerjasama keluarkan produk Indonesia ada DNA babi di pasaran
KPDN bekerjasama dengan Jakim untuk mengeluarkan produk makanan Indonesia yang didapati mengandungi DNA babi sekiranya berada di pasaran tempatan.