awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pakar perubatan UK sangkal dakwaan varian Afrika Selatan lebih mudah menular

Astro Awani
Astro Awani
09/02/2021
01:16 MYT
COVID-19: Pakar perubatan UK sangkal dakwaan varian Afrika Selatan lebih mudah menular
Van-Tam berkata tiada sebab untuk beranggapan varian Afrika Selatan akan berhasil mengatasi virus sedia ada dalam beberapa bulan akan datang. -REUTERS
LONDON:Timbalan Ketua Pegawai Perubatan England, Profesor Dr Jonathan Van-Tam tidak percaya varian koronavirus Afrika Selatan yang dikesan di United Kingdom lebih mudah menular berbanding virus dominan yang sudah ada dalam komuniti.
Jelasnya, tiada sebab untuk beranggapan varian Afrika Selatan akan berhasil mengatasi virus sedia ada dalam beberapa bulan akan datang.
Dalam satu taklimat di Downing Street, Van-Tam berkata terdapat banyak bukti bahawa vaksin yang sedang digunakan berkesan terhadap virus yang paling dominan ketika ini.
"Data awal pemodelan B.1351 tidak menunjukkan hal demikian, tidak menunjukkan bahawa varian Afrika Selatan mempunyai kelebihan penularan yang berbeza daripada virus kita saat ini.
“Kerana itu, tidak ada alasan untuk berfikir varian Afrika Selatan akan mengejar atau mengatasi virus semasa kita dalam beberapa bulan akan datang.
"Itu adalah perkara sangat penting yang menjadi isu, ancaman segera kita adalah daripada virus kita sekarang dan kini ada banyak bukti bahawa vaksin yang kita gunakan berkesan terhadap virus semasa," katanya.
Menjawab isu vaksin AstraZeneca yang didakwa kurang berkesan, Van-Tam menyatakan vaksin tersebut masih melindungi mereka yang parah.
Tambah beliau, orang ramai tidak sepatutnya menangguhkan untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Jelasnya, mengemas kini vaksin untuk meningkatkan keberkesanan terhadap varian baharu adalah sesuatu yang sedang dilakukan para saintis.
Tujuannya adalah untuk mengubah keluk virus itu supaya ia dapat ditangani dalam masyarakat dan bukannya di hospital.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Afrika Selatan
#varian baharu
#AstraZeneca
#vaksin
#Jonathan Van-Tam
#B 1351
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan