awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah kemalangan di Sarawak perlu langkah keselamatan lebih kukuh
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Perdana Menteri Kanada disahkan positif

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2022
01:56 MYT
COVID-19: Perdana Menteri Kanada disahkan positif
Beliau juga tidak hadiri sesi Parlimen yang mula dibuka pada Isnin selepas ditangguhkan tahun lepas. - Foto REUTERS
OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau disahkan positif COVID-19 namun akan terus bekerja dari rumah.
Pengumuman dibuat Trudeau sendiri menerusi akaun Twitter miliknya pada Isnin.
Trudeau menjalani kuarantin sejak minggu lepas selepas salah seorang daripada anaknya disahkan positif virus itu.
Ketika itu ujian saringan yang dilakukan Trudeau menunjukkan keputusan negatif.
"Pagi ini saya didapati positif COVID-19. Saya rasa sihat dan saya akan teruskan bekerja dari rumah seperti yang dinyatakan dalam garis panduan kesihatan awam," kata Trudeau.
Beliau juga tidak hadiri sesi Parlimen yang mula dibuka pada Isnin selepas ditangguhkan tahun lepas.
Trudeau, 50, sebelum ini telah mengasingkan diri selama dua minggu pada Mac 2020 selepas isterinya, Sophie didapati positif COVID-19.
Beberapa menteri kabinet lain termasuk Menteri Luar, Melanie Joly sebelum ini juga telah disahkan positif COVID-19.
Pemimpin dunia lain yang pernah disahkan positif COVID-19 termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson pada tahun 2020.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Justin Trudeau
#positif
#kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan