awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Perintah berkurung kedua Britain terima reaksi berbeza

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2020
23:49 MYT
COVID-19: Perintah berkurung kedua Britain terima reaksi berbeza
Orang awam membeli belah dan beratur panjang di luar sebuah pasaraya besar di Leicester, England, 1 Nov, 2020. (Foto AP)
SEKATAN besar-besaran kali kedua di Britain mendapat reaksi yang berbeza daripada pelbagai pihak.
Ada segelintir menyifatkan perintah berkurung itu itu perlu dari sudut kesihatan, namun terdapat pihak yang khuatir penutupan kali kedua ini bakal memberi kesan besar kepada perniagaan.
Bekas ketua penasihat saintifik kerajaan Mark Walport berkata, sekatan kali ini tidak begitu teruk seperti perintah berkurung kali pertama.
"Tidak mungkin kes jangkitan COVID-19 kali ini akan menurun secepat yang berlaku semasa penutupan kali pertama.
"Sebabnya ialah, sekolah tetap berjalan, orang tetap keluar bekerja, jadi jarak sosial tidak dijaga seperti ketika dalam tempoh penutupan kali pertama," katanya.
Sementara itu, pemimpin perniagaan memberi amaran mereka perlu diberikan mesej yang jelas mengenai penutupan kali kedua tersebut.
Mereka mahu tempohnya diperjelaskan, sama ada ia akan berlanjutan atau sebaliknya, memandangkan ia memberi kesan besar kepada pihak peniaga kecil.
Pengerusi Persekutuan Perniagaan Kecil Mike Cherry berkata:
"Mesejnya perlu lebih jelas demi kepentingan perniagaan. Mereka perlu tahu bagaimana kita akan keluar dari situasi ini, kerana, buat masa ini, tiada jaminan keadaan ini tidak akan berterusan hingga awal Disember, malah hingga tahun hadapan!
"Dan ini akan jadi sangat sangat menjejaskan bagi ribuan perniagaan kecil."
Topic Berkaitan
#sekatan
#perniagaan
#COVID-19
#kesihatan
#perintah berkurung
#Britain
#English
#Peniaga kecil
#terjejas
#penutupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan