awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pusat vaksinasi diperkasa di AS, vaksin tidak mencukupi di Bosnia

Astro Awani
Astro Awani
22/02/2021
23:04 MYT
COVID-19: Pusat vaksinasi diperkasa di AS, vaksin tidak mencukupi di Bosnia
Gabenor New York, Andrew Cuomo melawat pusat vaksinasi di Brooklyn pada Isnin. - REUTERS
PUSAT vaksinasi diperkasa di beberapa negara termasuk di Amerika Syarikat.
Di New York, sebuah pusat vaksinasi terbesar dibuka dan berupaya untuk memberikan sehingga 21,000 dos setiap minggu.
Gabenor Andrew Cuomo menyifatkan pusat vaksinasi terbesar di New York itu mampu memberikan suntikan vaksin kepada lebih 3,000 rakyat yang layak setiap hari.
Pusat yang ditempatkan di Brooklyn itu akan dikawal selia oleh kerajaan negeri dan persekutuan serta dijadualkan mula beroperasi pada Rabu.
“Ia akan dikawal selia Bersama oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Petugas kerajaan persekutuan akan memberikan suntikan vaksin manakala pengawal kebangsaan akan membantu menyelia pusat berkenaan. Ia akan mula beroperasi pada Rabu,” kata Cuomo.
Malah beberapa kemudahan buat rakyat itu untuk menerima suntikan vaksin juga disediakan.
Ia termasuk penyediaan bas khas untuk ke pusat vaksinasi.
Lain pula perkembangan di Bosnia, apabila dakwaan menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak berusaha sepenuhnya dalam memberikan vaksin kepada rakyatnya.
Ia selepas negara itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19 terutamanya di Sarajevo.
Setakat ini hanya 2,000 dos vaksin Sputnik V diedarkan di seluruh Bosnia dengan hanya sejumlah kecil diberikan kepada petugas kesihatan.
Bagaimanapun, harapan untuk mendapatkan bekalan vaksin dalam kadar cepat terpaksa dilupakan selepas ia dilapor ditangguhkan.
Lebih membebankan, susulan peningkatan kes, langkah sekatan baharu terpaksa dikuatkuasakan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#Amerika Syarikat
#Bosnia
#New York
#pusat vaksinasi
#Andrew Cuomo
#Sputnik V
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan